Month: November 2018

Cara K€datangan Islam di Tanah Melayu – Mesti Baca

Cara K€datangan Islam di Tanah Melayu – Mesti Baca

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu di Nusantara menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak dan mentauhidkan yang satu. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas, Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan ketika itu. Sejak kedatangan Islam, kehidupan seharian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92).

Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara berpandukan kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau Kepulauan Nusantara ini.

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Bruneidan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab

Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

Teori Kedatangan Islam Melalui India

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak diMalabar, India bukan Gujerat.

Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.

Teori Kedatangan Islam Melalui China

Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnyaYunan,China telah memeluk Islam.

Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap diChampa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan danDemak,Indonesia mempunyai senibina Cina.

Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

Semoga ianya bermanfaat.

sumber : pengajianmalaysiapms

Adakah Kvman itu Bangsa J1n ? : Mesti Baca

Adakah Kvman itu Bangsa J1n ? : Mesti Baca

Pendahuluan

Kuman itu bangsa jin? Kedengaran agak pelik. Bila masa pula kuman ini dikategorikan sebagai jin? Saintis mana yang kata macam tu? Buku mana yang dirujuk? Mungkin itu antara reaksi para pembaca. Untuk makluman anda, ini sebenarnya hipotesis atau andaian yang boleh jadi benar, dan boleh jadi tidak benar. Sebagaimana yang kita sedia maklum, alam jin dan syaitan merupakan alam ghaib yang tidak dapat kita capai melalui pancaindera. Maka, maklumat yang paling tepat tentang alam ini perlu datang dari Tuhan Yang Maha Pencipta. Mungkin melalui analisa yang mendalam terhadap apa yang disabdakan oleh para Nabi dan RasulNya, mampu membuka satu dimensi dan rahsia baru dalam dunia perubatan.

Bentuk dan Jenis Jin

Kejadian jin tidak sama dengan kejadian manusia. Ia dijadikan dari lidah api dan sifatnya boleh berubah-ubah. Sesetengahnya boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Mereka juga mempunyai pelbagai kategori dan kebolehan yang tertentu. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda:

Jin terdiri daripada tiga golongan: Golongan yang mendapat pahala dan juga siksa, golongan yang berterbangan di antara langit dan bumi, dan golongan yang berupa ular dan anjing.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim dari Abu Thalabah al Khisyni r.a, Rasulullah SAW bersabda:

Jin terdiri dari tiga golongan: Golongan yang bersayap terbang di udara, golongan yang berupa ular serta anjing dan golongan yang menetap dan berpindah randah.

Maka, tidak hairanlah jika ada riwayat tentang kisah para Nabi, sahabat dan alim ulama yang terserempak dengan jin dalam keadaan mereka berbentuk seperti manusia, haiwan dan binatang, atau bentuk lain seperti bayangan, lembaga hitam, hantu dengan rupa yang menyeramkan dan pelbagai lagi. Justeru, jelas kepada kita bahawa jin itu mempunyai bentuk dan kebolehan yang tertentu.

Jin dan Syaitan Memasuki Tubuh Manusia

Antara kebolehan yang dimiliki oleh makhluk jin ialah kemampuan memasuki dan bergerak dalam tubuh manusia melalui salur darah. Sabda Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

Sesungguhnya syaitan itu berlari (bergerak bebas) di dalam tubuh anak Adam melalui saluran darah.”

Dalam surah Sad, ayat 41, terdapat kisah tentang nabi Ayub a.s. yang diganggu fizikalnya melalui kemasukan syaitan ke dalam tubuh baginda sehingga menimbulkan pelbagai penyakit. Firman Allah SWT:

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami, Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ” Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kesusahan dan azab seksa (penyakit)”.

 

Melalui pengalaman merawat pesakit, boleh dikatakan bahawa sebahagian besar gangguan pada fizikal dan mental manusia bermula apabila makhluk jin mula memasuki dan menyerap ke dalam tubuh mangsa. Penyerapan ke dalam tubuh manusia ini berlaku kerana makhluk ini mempunyai tubuh yang halus dan menyerupai angin. Menurut guru saya, Dr Haji Jahid Sidek, oleh kerana asal kejadian jin dan syaitan daripada api, maka jasad mereka hanya terdiri dari dua unsur iaitu api yang bersifat panas dan angin yang bersifat halus (yang tidak boleh dilihat tapi dapat di rasa). Manakala dalam Kitab Al-Rūh, Ibnu Qayyim al-Jawziyyah menggambarkan penyerapan jin ke dalam tubuh manusia umpama serapnya air ke dalam batang kayu atau ke dalam awan, serapnya kepanasan api dalam besi, atau serapnya makanan ke dalam badan.

Bagaimana Syaitan dan Jin Memasuki Tubuh Manusia?

Terdapat beberapa hadis yang mengandungi pesanan oleh Rasulullah SAW untuk mencegah kemasukan syaitan atau jin ke dalam jasad anak adam. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).

Secara tidak langsung, kita dapat mengetahui bahawa jin dan syaitan masuk ke dalam tubuh kita melalui mulut. Baginda juga menyuruh agar makanan dan minuman ditutup tidak dibiarkan terdedah kerana dibimbangi akan dimasuki syaitan dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Diriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tutuplah bekas-bekas makanan dan ikatlah kantung air kamu, kuncilah pintu-pintu dan padamkan lampu-lampu. Sesungguhnya syaitan tidak akan membuka kantung minuman yang diikat, pintu yang dikunci dan juga bekas makanan yang ditutup.

Berdasarkan hadis di atas, kita dapat maklumat bahawa jin dan syaitan turut memasuki mana-mana bekas makanan dan minuman yang tidak ditutup. Penemuan sains dan perubatan moden menunjukkan bahawa makanan atau minuman yang terdedah akan mudah dimasuki kuman dan bakteria. Kuman dan bakteria ini biasanya akan dibawa masuk dan disebar melalui serangga dan haiwan melata seperti nyamuk, lipas, tikus, cicak dan lalat yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti longkang, tandas dan tong sampah. Tempat-tempat yang kotor dan busuk merupakan antara kawasan yang disukai dan dihuni oleh jin dan syaitan. Justeru, adakah persamaan sifat dan habitat jin dan syaitan dengan kuman itu merupakan suatu kebetulan? Bahkan, serangga yang menjadi agen penyebaran kuman ini kebanyakkannya keluar di waktu senja, iaitu saat syaitan keluar berkeliaran dan beroperasi. Sabda Nabi Muhammad SAW dalam Shahih Muslim:” Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, maka syaitan akan berkata kepada golongannya: “Tiada tempat untuk bermalam dan tiada makan malam untuk kita semua di sini”. Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, syaitan berkata kepada golongannya: “Kita telah mendapat tempat untuk bermalam.”

Suatu persoalan yang menarik untuk difikirkan juga ialah adakah serangga yang melata itu, yang bertindak sebagai agen penyebaran kuman dan bakteria, adalah tunggangan jin?

Kuman dan Jin Menurut Ulama

Dalam memperkatakan perihal kuman dan bakteria ini, Syeikh Rashid Ridha menyatakan dalam kitab al Tafsir wa al Mufassirun, halaman 585:

Dan Ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata: Sesungguhnya jin itu adalah (makhluk Allah) yang hidup, bertubuh halus dan tidak boleh dilihat. Dan sesungguhnya di dalam kitab Tafsir Al Manar, telah kami nyatakan berkali-kali bahawa: “Makhluk Allah yang hidup, bertubuh halus, yang dikenali di zaman ini sebagai mikroorganisma menerusi mikroskop, adalah sebenarnya satu jenis dari bangsa jin. Dan telah pun terbukti bahawa ianya merupakan antara punca bagi kebanyakan penyakit.

Kuman dan bakteria adalah unsur luar yang tidak dikenali yang memasuki tubuh manusia sama ada melalui udara, air atau sentuhan pada kulit dan bergerak di dalam tubuh badan manusia melalui salur darah lalu menempati di sel-sel serta organ-organ dalaman.  Ini adalah bersamaan dengan sifat kejadian jin yang halus dan boleh mengubah bentuk mengikut keadaan. Ia boleh memasuki tubuh manusia melalui rongga tubuh yang terbuka dan terdedah seperti mulut atau hidung mahupun liang-liang roma. Fakta ini mempunyai persamaan dengan hasil kajian perubatan moden yang mendedahkan punca bagaimana sesuatu penyakit yang merebak iaitu antaranya melalui udara, sentuhan mahupun makanan yang tercemar.

Kuman Adalah Sebahagian dari penyebab Penyakit

Dalam kitab Al Muwatta karangan Imam Malik, beliau mendengar riwayat bahawa Saidina Umar hendak pergi ke Iraq. Lalu Ka’ab al Ahbar menasihatkan kepadanya dengan berkata:

“Wahai Amirul Mu’minin! janganlah engkau ke sana kerana di sana sembilan persepuluh sihir dan di sana juga ada kumpulan jin yang fasik serta wabak penyakit yang berjangkit.”

Sebenarnya, terdapat dua unsur penting yang ada pada jasad manusia yang banyak mempengaruhi kesihatan seorang manusia iaitu air dan darah. Fungsi darah ialah untuk menyalurkan oksigen ke otak dan bahagian-bahagian tubuh lain manakala air sebagai bendalir untuk penghasilan cecair-cecair enzim di dalam tubuh dan membantu sistem perkumuhan. Sekiranya salah satu unsur ini kurang atau terjejas akibat jangkitan kuman dan  bakteria, maka ia akan memberi kesan kepada seluruh atau sebahagian anggota badan. Kita juga biasa mendengar bahawa apabila seseorang itu dijangkiti kuman, antara simptom paling awal yang dialaminya ialah demam dan panas dalam tubuh. Adakah mungkin kuman yang menjangkiti itu adalah jin kerana sifat panas itu berpunca dari jin yang dijadikan dari api? Itu persoalan yang perlu para pembaca sama-sama fikirkan.

Menghalang Kemasukan Jin dan Syaitan ke dalam tubuh

Sifat kejadian jin dan syaitan sememangnya halus dan tiada berbentuk sebagaimana kejadian api. Walau bagaimanapun, keistimewaan ini mempunyai beberapa batasan. Antaranya ialah mereka tidak dapat menembusi sesuatu yang disebutkan nama Allah (Bismillah) padanya. Nabi Muhammad SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan  tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah bekas-bekas air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.

Selain bacaan Bismillah, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan sebagai jampi ruqyah. Bahkan melalui pengalaman perawat-perawat Islam, terdapat sebahagian penyakit yang berpunca dari jangkitan kuman dan virus dapat disembuhkan melalui bacaan ruqyah melalui kaedah tertentu dalam satu jangka masa yang tertentu.

Andaikata Kuman itu Bukan Jin…

Boleh jadi andaian bahawa kuman dan bakteria adalah salah satu bangsa jin mungkin tepat, dan mungkin juga sebaliknya. Kita tetap mengharapkan agar ada pihak yang boleh membuat kajian lebih mendalam terutama dari sudut klinikal dan sains moden. Melalui kajian ini, andaian tersebut boleh diputuskan sama ada tepat atau tidak. Sekiranya tidak tepat sekalipun, kita harus percaya bahawa tubuh kita ini boleh dimasuki oleh makhluk tersebut. Perkara ini dinyatakan oleh ulama terkenal, Sheikh Muhammad Mutawalli Al-Sh’arawiyy dalam kitabnya Al-Shaitan wa al-Insan, hlm. 107-108:

Sesungguhnya darah itu terdiri daripada banyak unsur-unsur yang mengalir di dalamnya seperti besi, fosfat, kalsium dan unsur-unsur lainnya sebagaimana yang telah didedahkan kepada kita melalui kajian-kajian moden. Bahkan mikrob dan kuman-kuman yang merupakan bentuk berjisim boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam darah dan hidup dalamnya serta membiak sehingga menjadi banyak dan akhirnya terjadilah peperangan antara kuman-kuman tersebut dengan sel darah putih. Sedangkan syaitan tidak berjisim dan berbentuk lebih halus daripada kuman.

sumber : tintailmu

Benarkah S1hir Mampu Menghidupkan Orang Yang M@ti , Mem@t1kan Orang Yang Hidup?

Benarkah S1hir Mampu Menghidupkan Orang Yang M@ti , Mem@t1kan Orang Yang Hidup?

 

Baru-baru ini, sebuah stesen televisyen menyiarkan drama yang mengisahkan seorang wanita telah disihir oleh bakal mertuanya menyebabkan jantung mangsa berhenti berdenyut. Pakar perubatan moden turut mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.  Klimaksnya ialah apabila mangsa ‘hidup semula’ selepas seorang ustaz berjaya membebaskan mangsa dari ikatan sihir. Persoalannya, adakah sihir boleh menjejaskan fungsi anggota dan tubuh manusia? Dan adakah sihir boleh menyebabkan kematian?

Apabila berbicara soal ilmu sihir, kita perlu menerima hakikat yang ianya sudah lama wujud dalam sejarah ketamadunan manusia. Ia merupakan ilmu yang diajarkan oleh syaitan kepada manusia dengan tujuan untuk memudarat dan menyesatkan manusia dari jalan Allah. Fakta ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Al Baqarah ayat 102:

”… puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia akan ilmu sihir…Dan sebenarnya mereka (manusia) mempelajari perkara yang hanya memudaratkan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat”.

Para Sarjana Islam dan Sarjana Barat telah bersepakat bahawa sihir boleh menyebabkan kecederaan, kematian, perceraian, keretakan hubungan kekeluargaan, kehilangan harta benda, ketidakwarasan akal dan pelbagai gangguan dalam kehidupan mangsa. Kemudaratan tersebut terhasil daripada khayalan-khayalan yang ditimbulkan oleh khadam sihir (syaitan dan jin) dalam minda dan deria mangsa. Khayalan tersebut kelihatan seolah-olah benar-benar berlaku, menyebabkan manusia menyangka apa yang dihadapinya itu sebagai realiti. Kesan sihir ini boleh diumpamakan seperti kesan Imej Janaan Komputer (CGI) atau kesan khas (special effect) dalam sesuatu filem.

Penulis pernah berdepan dengan seorang pesakit yang menjalani x-ray di sebuah pusat perubatan pakar di Kuantan dan didapati terdapat berpuluh-puluh jarum dalam salur darahnya. Yang menghairankan ialah apabila dibedah, tiada sebatang jarum pun yang dijumpai. Imej jarum yang terhasil tadi boleh jadi adalah khayalan-khayalan yang dijana oleh syaitan dan jin melalui peralatan moden. Khayalan ini menyebabkan pesakit tersebut merasa seolah-olah jarum tersebut benar-benar wujud. Pada masa yang sama, khadam sihir yang menguasai minda mangsa terutama pada deria rasa menimbulkan rasa seperti sesuatu mencucuk-cucuk tubuhnya. Menurut Sheikh Wahid Abdussalam Baly, apabila seseorang penyihir melakukan sihir, maka khadam sihir akan menyerang dan bersarang di otak khususnya di bahagian yang mengawal aktiviti pendengaran, penglihatan, pergerakan tangan mahupun kaki mangsa. Akibatnya, kemungkinan yang akan berlaku ialah anggota tubuh tersebut menjadi tidak berfungsi, sehingga menyebabkan buta, tuli, bisu, kaku dan lumpuh.

Kegagalan anggota tubuh untuk berfungsi termasuk jantung akibat sihir adalah perkara yang tidak mustahil kerana semuanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah. Walau zahirnya ianya disebabkan angkara khadam sihir, tetapi hakikatnya Allah jua yang berkuasa melakukannya. Allah SWT bukan hanya berkuasa menghidup dan menghentikan jantung, bahkan bangkai keldai yang sudah reput juga boleh kembali bernyawa sebagaimana yang berlaku kepada Nabi Uzair a.s.

Sihir Menghidupkan Orang Mati

Iblis dan syaitan juga diberikan kemampuan oleh Allah untuk menghidupkan makhluk yang telah mati melalui sihir. Walau bagaimanapun, kemampuan tersebut hanyalah tipu daya dan lebih berbentuk khayalan. Ini kerana, hak untuk menghidup dan mematikan makhluk adalah hak Allah. Firman Allah Taala dalam surah Az Zumar ayat 42: ”Allah (yang Menguasai segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan jiwa yang lain (kebadannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir untuk memahaminya)”. Sekiranya ada ahli sihir mendakwa mampu menghidup orang yang telah mati atau mematikan orang yang hidup, maka dakwaan tersebut penuh dengan tipu daya dan helah.

Ibnu Battutah mencatatkan satu kisah tentang ahli sihir. Ketika beliau menjadi tetamu kepada seorang pembesar di China, beliau dipertontonkan persembahan yang sangat menakjubkan. Dalam persembahan itu, seorang ahli sihir telah memotong-motong anggota tubuh pembantunya. Setelah itu, dia mengumpulkan semula anggota tubuh yang terpisah dan melekatkannya antara satu sama lain, lalu menyepaknya. Pembantu itu bangun dalam keadaan tubuh seperti sedia kala. Ibnu Khaldun pada mulanya mempercayai ianya benar-benar terjadi. Beliau kemudiannya diberitahu bahawa apa yang disaksikan sebenarnya tidak berlaku.

Dalam kitab Al-Wahyu Al-Muhammadi, Syeikh Muhammad Rashid Redha turut mencatatkan cerita dari Dr. Alexander yang pernah menemui seorang ‘Lama’ di Tibet. Ketika itu, ada satu jenazah yang hendak dikebumikan. ‘Lama’ tersebut membaca sesuatu. Tiba-tiba jenazah tersebut bangun dan berbicara. Tetapi tidak lama kemudian, dia meninggal semula. Keadaan itu berlaku kerana jin atau syaitan yang diseru memasuki jenazah si mati dan setelah itu segera meninggalkannya.

Malaysia juga pernah digemparkan dengan kisah pengasas ajaran sesat Kerajaan Langit iaitu Ayah Pin yang didakwa telah berjaya menghidupkan seorang kanak-kanak. Akhirnya dia dianggap sebagai dewa oleh sebahagian masyarakat Hindu. Pada pendapat penulis, kanak-kanak itu bukannya mati, tetapi pengsan atau pun telah dihipnosis oleh Ayan Pin. Begitu juga dengan Sri Sathya Sai Baba yang mempunyai ramai pengikut di dunia termasuk di Malaysia. Dia disanjung dan dianggap sebagai tuhan kerana kebolehan menghidupkan orang yang mati. Keajaiban yang ditonjolkan ini telah menggugat keutuhan akidah umat Islam sehingga ada yang terpedaya dengan ‘syaitan manusia’ tersebut.

Beza Sihir dengan Mukjizat dan Karamah

Bagi menyelesaikan kecelaruan yang ditimbulkan oleh ‘syaitan-syaitan manusia’ ini, maka perkara-perkara luar biasa tersebut perlu diperjelaskan; sama ada ianya suatu mukjizat, karamah ataupun satu bentuk sihir. Perbezaan antara perkara-perkara tersebut boleh dilihat melalui 9 aspek:

Kaedah Belajar: Mukjizat dan karamah dikurniakan Allah tanpa perlu dipelajari atau diamalkan. Tiada syarat-syarat tertentu atau tempoh tertentu. Contohnya tongkat nabi Musa a.s. yang dikurniakan secara terus. Sihir pula perlu dipelajari dari seseorang dan diamalkan untuk suatu tempoh tertentu dengan syarat-syarat tertentu seperti bertapa, amalan mantera dan serapah.

Kaedah Mengajar: Mukjizat dan karamah mustahil untuk diajar atau diwariskan oleh orang lain. Sihir boleh diajar dan diamalkan oleh sesiapa sahaja yang berkehendak.

Kekerapan Berlaku: Mukjizat dan karamah berlaku secara spontan. Tidak selalu terjadi dan tanpa dirancang atau diatur. Sebagai contoh, mukjizat Nabi Muhammad SAW membelah bulan hanya berlaku sekali. Tongkat Nabi Musa a.s. pula bertukar menjadi ular hanya tiga kali. Berlainan dengan sihir. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan  boleh diprogram serta ditentukan. Ianya boleh berulang kali. Contohnya, seorang penyihir boleh menilik lokasi barang hilang setiap kali diminta pelanggan.

Matlamat: Mukjizat adalah tanda kenabian, karamah tanda kemuliaan. Sihir adalah perhambaan kepada syaitan.

Kebolehtontonan: Mukjizat mesti dipertontonkan sebagai tanda kenabian. Karamah tidak boleh dizahirkan dan mesti  disembunyikan. Sihir pula selalu dipertontonkan untuk tujuan keduniaan dan kepentingan diri.

Kebolehbatalan: Mukjizat dan karamah tidak dapat ditandingi apalagi dibatalkan. Kesan ilmu sihir boleh dibatal dan dihapuskan oleh orang yang tahu akan kelemahannya.

Kesan: Mukjizat dan karamah bersifat hakiki dan benar-benar terjadi. Ilmu sihir lebih bersifat khayalan dan tipu daya.

Kesesuaian zaman: Mukjizat dikurniakan mengikut kesesuaian zaman dan tempat, dan ianya berbeza dari satu zaman ke satu zaman. Contohnya, Al Quran menjadi mukjizat yang sesuai dengan zaman perkembangan ilmu pada hari ini. Manakala sihir pula mempunyai persamaan dari segi alatan, bahan dan kaedah yang digunakan dari dahulu hingga sekarang. Ahli sihir zaman firaun sehingga hari ini masih menggunakan tongkat, tali, kemenyan, tengkorak, darah dan lain-lain bahan yang sama.

Ciri-ciri penerima: Mukjizat dan karamah dikurniakan kepada Nabi atau Rasul yang mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji, manusia-manusia yang bertaqwa, hampir dengan Allah, soleh dan baik akhlaknya. Pengamal sihir bukan dari golongan orang soleh dan biasanya mempunyai akhlak yang buruk lagi tercela.

Dalam Al Quran, terdapat beberapa kisah mukjizat para Nabi yang dapat menghidupkan makhluk yang sudah mati. Antaranya ialah kisah Nabi Musa a.s. yang menghidupkan orang mati dengan dipukulkan anggota lembu (surah Al-Baqarah, ayat 67-73) dan kisah Nabi Ibrahim a.s. menghidupkan burung-burung yang sudah lumat dicincang hanya dengan satu seruan (Al Baqarah 260). Nabi Isa a.s. juga dikurniakan mukjizat tersebut melalui kata-katanya dalam surah Ali Imran ayat 49: “Aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu.”

Semua keajaiban yang berlaku bertujuan memantap dan meningkatkan iman para Nabi dan umat mereka terhadap kekuasaan Allah. Justeru, semua nabi menyatakan bahawa kebolehan mereka menghidupkan makhluk yang telah mati adalah berlaku dengan izin Allah SWT, bukan dari kekuasaan mereka. Berlainan dengan perbuatan ahli-ahli sihir. Mereka menghidupkan orang mati untuk menunjukkan kehebatan diri. Perbuatan mereka juga penuh dengan tipu muslihat syaitan. Biasanya, sihir yang menghidupkan orang mati hanya akan bertahan untuk jangka masa yang singkat.

Dalam memahami isu menghidup dan mematikan makhluk ini, kita perlu menanam dalam hati bahawa Allah adalah pemilik kuasa yang mutlak. Sekiranya kehidupan dan kematian itu berlaku akibat mukjizat ataupun sihir, kita hanya perlu mengiktikadkan dalam hati bahawa itu berlaku dengan izin dan kehendak Allah, bukan kerana kuasa makhluk. Perkara ini ditegaskan oleh Allah dalam surah Al-Haj ayat 6: ”Yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan yang sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Dan firmanNya lagi dalam surah Al-Ahqaf ayat 33: ”Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya – berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Sesungguhnya nyawa manusia adalah ciptaan Allah Taala. Setiap yang ada pada manusia itu semuanya milik mutlak Allah Taala. Hanya Allah yang berhak menghidup dan mematikan.

9 Mitos Lagenda Ikan Duyung Dari Pelbagai Versi Negara ! Woww!

9 Mitos Lagenda Ikan Duyung Dari Pelbagai Versi Negara ! Woww!

Selama ribuan tahun manusia telah menulis mengenai ikan duyung. Makhluk ini menjadi begitu terkenal di dalam rancangan televisyen atau filem dan hampir kebanyakan budaya mempunyai versi legenda ikan duyung tersendiri.

Ramai berpendapat penampakan ikan duyung pada zaman dahulu adalah imaginasi para kelasi yang tersalah anggap haiwan seperti dugong, singa laut atau ikan lumba-lumba.

Namun, legenda kewujudan ikan duyung ini masih menarik minat manusia di seluruh pelusuk dunia dan berikut adalah beberapa kisah mengenainya.

1. Jiaorén – China

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Di dalam legenda China, Jiaoren adalah ikan duyung yang bukan sahaja cantik malah makhluk ini juga mempunyai kemahiran untuk membuat pakaian dari kain yang dinamakan “tenunan naga” yang tidak basah jika terkena air. Jika Jiaoren menangis, air matanya akan bertukar menjadi mutiara.

Semasa Dinasti Jin, terdapat satu catitan di mana ia menceritakan tentang kemunculan ikan duyung yang menjual kain “tenunan naga” ini kepada manusia.

Jika ada sesiapa yang menawarkannya tempat tinggal, dia akan berterima kasih dengan menitiskan air mata ke dalam bekas tadahan yang kemudian dipenuhi oleh mutiara.

Dalam sejarah, beberapa orang bangsawan China mendakwa mereka mempunyai pakaian yang dihasilkan menggunakan “tenunan naga” ini.

2. Ningyo – Jepun

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Berbeza daripada legenda ikan duyung versi barat yang kebanyakannya dikatakan cantik, versi ikan duyung Jepun ini adalah sebaliknya. Ningyo dikatakan seekor ikan gergasi yang mempunyai wajah manusia, mulut monyet dengan taring keemasan dan juga tanduk.

Makhluk ini dikatakan mempunyai suara seakan-akan bunyi tiupan seruling. Menurut legenda lagi, sesiapa sahaja yang memakan daging Ningyo akan menjadi cantik, muda dan hidup kekal.

Namun, jika makhluk ini ditangkap, akan terjadinya ribut yang sangat dahsyat dan juga akan membawa nasib yang malang kepada seluruh kampung.

3. Iara – Brazil

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Menurut legenda Brazil, Iara adalah seorang gadis yang berani serta pintar dan tinggal di Amazon. Dia mempunyai kebolehan berlawan yang lebih baik dari saudara lelakinya yang lain. Disayangi dan dihormati oleh puaknya membuatkan abang-abangnya cemburu.

Mereka kemudian telah membunuh Iara dan membuang mayatnya ke dalam Sungai Amazon. Ketika itu Dewi Bulan iaitu Jaci berasa kasihan terhadapnya dan telah menghidupkannya semula sebagai seekor ikan duyung.

Setelah dihidupkan semula, Iara telah menghabiskan masanya membalas dendam terhadap lelaki. Setiap kali ada lelaki yang mati lemas di Sungai Amazon, mereka percaya ia adalah perbuatan Iara.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Jaraguari bertemu dengan Iara dan mereka berdua telah jatuh cinta. Jaraguari memberitahu ibunya dia telah menemui seekor ikan duyung yang cantik dan ingin bersamanya di dalam kehidupan dalam air. Selepas itu mereka percaya bahawa roh Iara telah menjadi tenang.

4. The Finfolk – Ireland & Scotland

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Di Ireland dan Scotland, mereka percaya bahawa “Finfolk” adalah spesis ikan duyung yang tinggal di kerajaan bawah laut bernama Finfolkenheim. Pada musim panas makhluk ini dipercayai akan berehat di Hildaland, iaitu sebuah pulau yang akan muncul buat seketika waktu sahaja.

Makhluk ini juga dipercayai boleh berubah bentuk kepada ikan atau manusia sepenuhnya. Selain itu Finfolk dikatakan sangat cantik dan akan menggoda manusia supaya mengawan dengan mereka.

Namun, ia sebenarnya berniat untuk mengambil keperawanan manusia untuk kekal hidup selamanya. Jika ada sesiapa yang diculik atau kelasi hilang di lautan, mereka percaya ia adalah perbuatan Finfolk itu.

Walau bagaimanapun, jika Finfolk berkahwin sesama sendiri, Finfolk betina yang dikenali sebagai Finwife akan berubah bentuk menjadi seorang wanita tua yang akan ke darat untuk bekerja bagi mendapatkan wang dan makanan.

5. Mami Wata – Afrika

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Mami Wata adalah dewi ikan duyung Afrika yang mempunyai kuasa menyembuh dan ibu kepada semua hidupan laut. Terdapat banyak kisah penampakannya di tasik, sungai dan laut di benua itu.

Mami Wata sering dilihat memegang ular air di sekitar bahunya dan dia dikatakan boleh berubah bentuk kepada wanita, ikan atau ikan duyung mengikut kemahuannya.

Sehingga hari ini masyarakat di Afrika berasa taksub mengenai legenda Mami Wata. Terdapat banyak patungnya dijual sebagai cendera hati. Di Afrika juga terdapat satu kumpulan yang memuja para dewi dan mereka digelar sebagai “anak Mami Wata”.

Mereka mendakwa sering bermimpi didatangi Mami Wata yang memanggil mereka untuk melakukan upacara pembersihan kerohanian.

6. Triton – Greece

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Di dalam mitos Greek, Triton merupakan tuhan yang menjaga tasik Tritonis. Dia adalah anak kepada Poseidon iaitu tuhan lautan. Triton dikatakan membawa cengkerang di mana ia digunakan sebagai semboyan dan juga senjata.

Menurut legenda, jika kelasi sesat di tasik itu, Triton akan membantu mereka dengan mencipta sebidang tanah yang kini dikenali sebagai pulau Thera. Pada kelasi yang sesat dapat berehat di situ sementara Triton akan menerangkan kepada mereka jalan kembali kepada lautan terbuka.

Tidak semuanya kisah baik mengenai Triton. Jika terdapat ternakan yang hilang atau kelasi terbunuh di lautan, ia adalah perbuatan Triton. Kerana tidak mampu melawan kuasa tuhan, mereka akan menawarkan minuman keras yang diletakkan di tepi pantai sebagai sembahan kepada Triton.

7. Millalobo – Chile

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Di Chile, terdapat mitos mengenai raja di lautan yang digelar sebagai Millalobo. Ia adalah separuh manusia dan separuh lagi singa laut. Millalobo dikatakan berkahwin dengan manusia dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Pincoy serta 2 anak perempuan bernama Sirena dan Pincoya.

Beberapa orang kelasi mendakwa mereka pernah dibantu oleh Pincoy menunjukkan arah pulang ketika sesat di lautan. Pincoya pula dikatakan sebagai seorang wanita paling cantik di dunia dengan rambut perang serta mempunyai mata berwarna biru.

Pincoya dikatakan akan duduk di atas batu dan gemar menari. Jika dia memandang ke arah lautan maka para nelayan akan mendapat banyak tangkapan dan jika dia memandang ke arah darat maka sebaliknya pula yang akan berlaku.

8. Ceasg – Scotland

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Disebut dengan “kee-ask”, ikan duyung dari Scotland ini adalah separuh wanita dan separuh ikan salmon. Legenda menceritakan sesiapa yang berjaya menangkap Ceasg ini akan mendapat 3 permintaan.

Makhluk ini dikatakan menggoda manusia kepada kematian sama seperti legenda Siren. Cara untuk membunuh Ceasg ialah dengan memusnahkan azimat mereka berbentuk cengkerang di mana ia menyimpan rohnya dan disembunyikan agar tidak dijumpai manusia.

Legenda juga mengatakan jika anda berjaya menemui cinta sejatinya bersama Ceasg, mahkluk ini akan bertukar sepenuhnya kepada manusia. Tiada 3 permintaan yang diberikan, sebaliknya anda akan menjadi bertuah sepanjang hidup.

Terdapat beberapa keluarga di Scotland mendakwa mereka adalah dari keturunan pasangan manusia dan ikan duyung yang berkahwin.

9. Melusine – Perancis

Legenda Dan Mitos Ikan Duyung

Legenda mengenai ikan duyung ini banyak diceritakan di dalam kisah dongeng Eropah. Melusine mempunyai bahagian bawah badan menyerupai ekor ular.

Melusine dikatakan seorang wanita garang yang ingin membalas dendam terhadap ayahnya bagi pihak ibunya. Dia dikatakan telah berkahwin dengan seorang bangsawan dan mengenakan satu syarat pelik, iaitu dia ingin bersendirian selama 1 hari dalam seminggu.

Akan tetapi kerana sifat ingin tahu, suaminya telah mengintai Melusine ketika bersendirian dan terkejut apabila mendapati isterinya itu sebenarnya adalah ikan duyung.

Kerabat di raja Perancis dari House of Lusignan mendakwa mereka adalah keturunan dari Melusine. Kini, gambarnya kelihatan di seluruh dunia, terutamanya pada lambang minuman kopi terkenal iaitu Starbucks.

sumber : iluminasi

Tips Penjagaan Kulit Muka Yang Super Awesome ! Wajib baca untuk tampil cantik dan menawan

Tips Penjagaan Kulit Muka Yang Super Awesome ! Wajib baca untuk tampil cantik dan menawan

Muka yang cantik dan bersih menjadi idaman setiap insan tidak kira sama ada perempuan mahupun lelaki. Muka yang bersih akan menyerlahkan keyakinan seseorang individu di khalayak ramai. Justeru, penjagaan muka yang betul akan dapat membantu seseorang itu untuk tampil terserlah pada orang di sekelilingnya. Di sini terdapat beberapa tips ringkas yang akan membantu anda untuk menjaga kulit muka.

1. Penggunaan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka.
2. Jangan memakai produk beraneka jenama kerana ia akan merosakkan sel-sel pada kulit.
3. Lebihkan sayuran dan buahan dalam pemakanan seharian.
4. Banyakkan minum air masak.
5. Rehat yang cukup. Tidur yang berkualiti akan dapat membantu kulit muka anda untuk sentiasa segar.
6. Melakukan senaman. Senaman muka turut boleh dilakukan.
7. Jauhi tabiat yang kurang sihat seperti menghisap rokok dan sebagainya.
8. Kurangkan menyentuh kulit muka dengan tangan anda.
9. Membasuh muka dengan air suam setiap kali sebelum tidur.
10. Pastikan kesemua make up di muka telah dibersihkan sepenuhnya sebelum tidur.
11. Kurangkan pengambilan makanan ringan seperti kerepok, air bergas dan sebagainya.
12. Jangan memicit jerawat kerana ia akan menyebabkan parut.

13. Jauhi cahaya matahari yang terlampau.

Aw4s ! Tanda tayar kereta anda sudah botak. Ramai yang tidak tahu. – Mesti Baca

Aw4s ! Tanda tayar kereta anda sudah botak. Ramai yang tidak tahu. – Mesti Baca

Ramai yang tidak tahu antara tanda-tanda tayar kereta sudah kehabisan bunga ataupun dalam erti kata lainnya ‘botak’.

Kebanyakan tayar yang botak kelihatan masih mempunyai bunga yang dalam dan anda semua menyangka ianya masih elok, tanggapan seperti itu adalah salah sama sekali.

Jadi , bagaimana mahu mengenal tayar yang sudah botak ?

Indikator yang boleh kita gunakan untuk mengetahui tahap kebotakan sesuatu tayar ialah JALUR DI TENGAH TAYAR. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh lihat perbezaan gambar tayar di bawah.

Gambar menunjukkan jalur di dalam bulatan merah masih kelihatan tenggelam menandakan tayar masih elok dan tidak botak.

Gambar menunjukkan jalur di dalam bulatan merah sudah kelihatan sama aras/tinggi dengan bunga tayar. Sekiranya tayar sudah kelihatan seperti gambar di atas , anda bolehlah berkira-kira untuk menukar tayar yang baru.

Diharapkan dengan info di atas ianya dapat membantu anda untuk mengenal tahap kebotakan tayar kereta. Ia jugak akan dapat membantu anda untuk merancang bajet lebih awal dalam menukar tayar kereta.

Mari kita sama- sama sebarkan.

KERINGNYA AIR DI TASIK GALILE€ PETANDA HARI K14MAT SUDAH KIAN HAMPIR !!!! Apa kaitannya dengan umat Islam? – Mesti Baca

KERINGNYA AIR DI TASIK GALILE€ PETANDA HARI K14MAT SUDAH KIAN HAMPIR !!!! Apa kaitannya dengan umat Islam? – Mesti Baca

yahudi buat ritual panggil hujan

Hari ini (29/11/2018) 8 tahun telah berlalu selepas akhbar harian Kosmo! (M) melaporkan beberapa pemimpin Israel mengadakan upacara memanggil hujan. Ia diadakan berikutan kebimbangan Yahudi di Israel terhadap paras air di Tasik Galilee yang dilihat semakin susut.

Akhbar Kosmo! bertarikh 27/11/2010 {1} itu antara lain menunjukkan beberapa orang lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan yang diadakan di atas bot di tengah-tengah laut Galilee, utara Israel.

Tahukah anda pada hari ini (27/11/2011), berapakah paras air Tasik (juga disebut laut) Galilee? Menurut data yang MacJay.Net perolehi dari sebuah laman sesawang Save the Kinneret, yang bertanggungjawap melaporkan tahap paras air di Tasik Galilee – paras tasik tersebut kini berada di tahap -213.66 (24-27). Kali terakhir, ia berada pada paras -213.67 (12-24) iaitu penurunan sebanyak 0.01. {2}

APAKAH HUBUNGKAIT TASIK GALILEE DENGAN UMAT ISLAM ?

Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut :

“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.”

“Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.”

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.”

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.”

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

sekarang sudah 2018… cuba bayangkan paras airnya

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. {3}

Perhatikan pada ayat di atas yang telah dihitamkan. Sungai Tabrah yang disebutkan itulah yang kini dikenali sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut). Keadaan ‘paras air’ di Tasik Galilee ini telah pun disebut-sebut pada zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut hadith Tamim Ad-Dari ini.

Perhatikan pada ayat di bawah :

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada ‘mereka’ bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.

Hendaklah diingatkan bahawa hadith Tamim ad-Dari ini sememangnya terbukti sahih apabila ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dan beberapa orang lagi yang tinggi martabatnya dalam Islam. Penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, Muhammad Nurani Maarif memberikan komentarnya berkenaan hadith ini dengan berkata :

Nabi (SAW) tidak hanya memiliki sifat cerdik di dalam memilih kata-kata, bahkan dia adalah seorang yang benar di dalam setiap tutur katanya. Dia membenarkan buah butir perkataan Tamim ad-Dari. Baginda seorang yang amanah dan tidak berselindung atau meninggalkan kata-kata tersembunyi. Baginda berusaha menjelaskan keadaan Dajjal yang dilihat oleh Tamim ad-Dari itu agar ia difahami dengan jelas dan terang.

paras air pada 2011 yang sudah kritikal

Saya membaca dan meneliti hadith perihal Dajjal ini (hadith Tamim ad-Dari) secara berulang kali, bahkan melihat riwayat-riwayat yang lain untuk mendapatkan kepastian apakah benar Nabi SAW sekadar menyatakan sesuatu tetapi pada hakikatnya mempunyai makna yang berlainan. JELAS IA TIDAK BERLAKU DEMIKIAN.

Tamim ad-Dari menyebut: :… akulah Jasassah. Tak usahlag kamu bertanya lagi dan hendaklah kamu pergi menemui SEORANG LELAKI yang ada di tempat pertapaan (biara) kerana ia sangat mahu mendengar berita dari kamu. {4}

Jika Dajjal yang dimaksudkan itu adalah segolongan manusia, kenapa pada ketika itu Nabi Muhammad SAW tidak memotong kata-kata Tamim ad-Dari atau mengubahnya atau menghuraikannya semula dihadapan para sahabat yang khusyuk mendengar buah kata baginda? Adalah sesuatu yang pelik apabila Nabi (SAW) tidak bertangguh memanggil para sahabat yang jauh mahupun dekat untuk mendengar berita ini tetapi hanya diam dan bertangguh untuk membetulkan kesalahan fakta dan huraian tamim ad-Dari (jika ada). Bahkan Nabi SAW meng-ia-kan apa yang ditemui oleh Tamim ad-Dari adalah Dajjal.

….Oleh kerana Nabi (SAW) bersifat amanahlah maka baginda menyampaikan berita yang didengarinya tanpa menokok tambah dan baginda menggunakan laras bahasa yang mudah , terang dan jelas…{5}

Apa yang boleh kita fahami daripada komentar Muhammad Nurani Maarif di atas adalah mengenai logik dansahih-nya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fathimah bin Qais ini.Tidak mampu untuk kita selaku umat akhir zaman cuba menafikan kebenaran, dari petunjuk Nabi SAW ini hanya kerana kita takut menghadapi kemusnahan.

Tasik Galilee kini sedang mengering dengan pantas. Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Nabi SAW menerusi hadith-hadith baginda, kita akan dapati bahawa semuanya akan lengkap dalam tempoh 40 tahun saja lagi.

Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam Dari Timur. Jarak kemunculan di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;

“Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas (Bendera Syiah) kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih…”hingga beliau berkata “Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan.”{6}

Ini bermakna, apabila “Panji Hitam” benar-benar memperlihatkan ‘diri’nya maka, umat Islam hanya ada 72 bulan sahaja sebelum menyaksikan pengzahiran Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemunculan Imam Mahdi bakal disusuli dengan kemunculan Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai One Man To Unite Them All.

Masihkah anda ingat dengan berita kematian Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdulaziz yang menggemparkan hampir seluruh umat Islam sedunia? {7} Kegemparan yang berlaku dalam berita kematian baginda Sultan Abdulaziz bukanlah kerana Sultan Abdulaziz itu sendiri, tetapi muncul khabar angin yang mengatakan bahawa pemerintah Arab Saudi yang sedang memegang takhta negara arab itu kini yakni Raja Abdullah telah mangkat. Ramai yang sudah sedia maklum bahawa kesihatan Raja Abdullah sendiri tidak begitu baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Baginda Raja Abdullah dikatakan menerima rawatan dari masa ke semasa oleh doktor yang merawat sakit jantungnya.

Apa yang mengejutkan umat Islam mengenai berita khabar angin itu ialah ‘khabar angin mengenai kematian Raja Abdullah’ itu benar-benar berlaku di saat negara-negara Arab sedang dilanda Revolusi rakyat. Sebahagian daripada para pembaca pastinya sudah faham apa yang cuba saya perkatakan ketika ini. Yang dimaksudkan ialah salah-satu tanda saat pembaiatan Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan :

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu’ :

“Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai’ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai’ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab.

Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai’ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya.” {8}

Mungkinkah kewafatan Raja Abdullah dari Arab Saudi yang dimaksudkan di dalam hadith diatas? Wallahualam bissawab. Berat hati saya untuk menafikannya apabila mengenangkan bumi Arab Saudi itu, adalah lokasi di mana terletaknya bumi suci, Madinah dan Makkah.

Mudah-mudahan kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beruntung. INGATLAH BETAPA DEKATNYA KEDUDUKAN KITA (UMAT NABI MUHAMMAD SAW) DENGAN HARI AKHIR DUNIA.

5 0rang Terkaya di dunia bagi tahun 2019

5 0rang Terkaya di dunia bagi tahun 2019

Bagi menjelaskan persoalan ini, kita boleh melihat kepada data- data yang telah dikeluarkan oleh pelbagai institusi atau syarikat penyelidikan yang boleh dipercayai seperti Forbes. Majalah Forbes adalah majalah perniagaan dan kewangan dari Amerika Syarikat yang diasaskan oleh B.C. Forbes pada tahun 1917. Jenama Forbes dikenali sebagai sumber maklumat yang tepat yang membentangkan pelbagai berita perniagaan dan kewangan, terutamanya senarai ranking orang kaya, termasuk Forbes 500 (syarikat terkaya di dunia), Forbes 400 (pengusaha terkaya di Amerika Syarikat), dan Orang Terkaya Dunia (senarai orang terkaya di dunia). Kita lihat satu persatu senarai nama 5 orang terkaya di dunia pada tahun 2018.

1. Jeff Bezoss(Usd160.2 juta)

Dengan jumlah aset sekitar 160 juta Usd , lelaki yang dilahirkan pada 12 Januari 1964 ini telah menduduki tempat pertama sebagai orang terkaya di dunia, di mana 6 bulan yang lepas kedudukannya ialah kedua. Jeff Bezos adalah pengasas kedai terbesar online di dunia iaitu Amazon.com. Kemahiran Jeff Bezos dalam mekanikal komputer telah diperlihatkan sejak kecil lagi. Selepas menamatkan pengajian dari Princeton University, Bezos berjaya mendapatkan pekerjaan di Wall Street dalam bidang rangkaian komputer. Pada tahun 1994, beliau meramalkan bahawa teknologi internet akan menjadi lebih baik dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. Beliau juga mencari kelemahan perniagaan dengan membina konsep kedai dalam talian melalui kerjasama dengan pelbagai pengeluar dan pengeluar barangan. Laman web Amazon.com yang diasaskan oleh Bezos menganggapnya sebagai salah satu usahawan yang berjaya dalam era dot-com.

Pada tahun 2004, Bezos memperluas bidang perniagaannya dengan menubuhkan syarikat bernama Blue Origin yang terlibat dalam ruang penerbangan awam. Pada 2016, dalam tempoh 14 bulan, syarikat itu berjaya memperoleh keuntungan besar, iaitu 100 bilion dolar dalam jualan tahunan. Saham syarikat melonjak mendadak hasil ledakan dalam perkhidmatan pengkomputeran awan.

2. Bill Gates(Usd95.3 juta)

Di tempat kedua orang terkaya di dunia pada tahun 2018 jatuh kepada Bill Gates, pengasas Microsoft. Beliau dilahir pada 28 Oktober 1955 dan mempunyai aset Usd 95.3 juta. Kekayaan Bill Gates mulai untuk meningkat ketika beliau dan Paul Allen mengasaskan sebuah syarikat perisian untuk peranti komputer yang dipanggil Microsoft. Bill Gates berminat dengan komputer dan sains pengaturcaraan sejak usia muda. Pada usia 13 tahun, bapa kepada 3 anak ini mampu mengenali komputer untuk kali pertama ketika sekolahnya membeli model 33 Model ASR Teletype dan beberapa komputer General Electric (GE) untuk pelajar. Kelemahan penggunaan komputer pada masa itu adalah tidak dapat digunakan untuk masa yang lebih lama. Bill Gates, Paul Allen, dan kawan-kawannya memutuskan untuk mengeksploitasi bug dalam sistem operasi untuk mendapatkan masa tambahan untuk menggunakan komputer. Walaupun dia masih remaja, kebolehan Bill Gates dan Allen dalam bidang komputer membuat mereka menerima pelbagai tawaran dari beberapa syarikat untuk menulis program atau aplikasi. Gates menggunakan peluang ini untuk mengkaji pelbagai bahasa pengaturcaraan komputer.

Gates lulus dari Lakeside School pada tahun 1973. Selepas itu dia mengambil ujian SAT dan mendapat markah yang sangat tinggi, iaitu 1590 dari 1600. Dengan skor itu, dia diterima di Harvard College di mana dia bertemu Steve Ballmer yang kemudian menggantikan Gates sebagai CEO Microsoft . Tetapi Bill Gates tidak berjaya menyelesaikan pengajiannya di universiti kerana beliau lebih berminat untuk menubuhkan sebuah syarikat dan menumpukan pada pembangunan sistem pengaturcaraan komputer. Bersama Paull Allen, Bill Gates mencipta sebuah syarikat perkongsian dan menamakannya “Micro-Soft” dengan pejabat pertamanya di Albuquerque.

Setahun kemudian, sempadan nama “Micro-soft” telah dipadamkan dan pada 26 November 1976, nama dagang “Microsoft” didaftarkan secara rasmi di Kementerian Luar Negeri New Mexico. Sejak ditubuhkan pada tahun 1975 hingga 2006, Bill Gates telah berjaya membawa syarikat itu sebagai syarikat gergasi dalam bidang teknologi komputer.

3. Warren Buffet(Usd88.3 juta)

Orang ketiga terkaya di dunia kini ialah Warren Edward Buffett, seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan dari Amerika Syarikat. Kepakarannya dalam perniagaan pelaburan menjadikannya pelabur paling berjaya di dunia. Lelaki yang sering dijoloki dengan nama panggilan “Oracle of Omaha” atau peramal dari Omaha telah berjaya mengumpul aset berjumlah 88.3 bilion dollar.Lelaki yang dilahirkan pada 30 Ogos 1930 ini mempunyai beberapa syarikat, dan dari anyaranya ialah Berkshire Hathaway. Buffett menunjukkan minat dalam perniagaan dan pelaburan pada usia yang sangat muda. Salah satu perniagaan awalnya menjual gusi, Coca Cola, dan majalah mingguan dari pintu ke pintu. Sementara itu, ketika Buffett berumur 11 tahun, dia belajar melabur di pasar kewangan dengan membeli 3 saham yang lebih baik dari Syarikat Utilitas Perkhidmatan Kota. Kemudian apabila dia berumur 15 tahun, bapa kepada 3 orang kanak-kanak ini berjaya mendapatkan lebih daripada 175 US $ setiap bulan. Bersama dengan kerja kerasnya, kekayaan Warren Buffett terus berkembang, menjadikannya sebagai orang terkaya kedua di Amerika berturut-turut selama 15 tahun.

4. Bernard Arnault(Usd 77.6 juta)

Bernard Arnault memiliki empayar perniagaan yang sangat besar dengan mempunyai 70 jenama paling popular, termasuk Dom Perignon, Bulgari, Louis Vuitton, Sephora dan Tag Heuer.Kebanyakan kekayaannya terikat dengan saham Kristian Dior, di mana Arnault memegang kepentingan dalam mengawal LVMH. Dia juga mempunyai berbilion ringgit dalam saham di LVMH secara langsung, di rangkaian pasar raya Carrefour dan di Hermes. Sebagai penaung dan peminat seni, dia adalah tulang belakang kepada muzium Louis Vuitton yang telah direka oleh Frank Gehry dengan harga sebanyak $ 135 juta di Bois de Boulogne Paris, yang dibuka pada bulan Oktober 2014.

5. Amancio Ortega(Usd 64.9 juta)

Kelima dalam senarai orang terkaya di dunia ialah Amancio Ortega, ahli perniagaan fesyen Sepanyol. Amancio Ortega Gaona adalah pengasas Inditex Group, sebuah syarikat besar yang mengawal rangkaian kedai pakaian dan aksesori di Zara. Melalui syarikat itu, lelaki yang dilahirkan pada 28 Mac 1936 ini berjaya mengumpul aset sebanyak 64.9 billion dollar. Bapa kepada 3 orang anak ini telah memulakan perintis perniagaan tekstil pada tahun 1963 bersama dengan bekas isterinya, Rosalia Mera, beliau telah membina industri fesyen dengan menggunakan jenama Zara pada tahun 1975. Pada pertengahan tahun 1980an, rangkaian perniagaannya berkembang di seluruh Sepanyol, dan pada tahun 1989, Ortega membuka cawangan perniagaan di Amerika Syarikat. Jenama Zara adalah sebahagian daripada kumpulan Inditex (Industrias de Diseño Textil Sociedad Anónima), yang mana 59.29% sahamnya dipegang oleh Ortega. Inditex mempunyai lebih daripada 6,000 kedai dengan lebih daripada 92,000 pekerja. Pada tahun 2011, Ortega memutuskan untuk bersara daripada memimpin Inditex. Walau bagaimanapun, setiap tahun dia masih menerima dividen sebanyak 400 juta dolar untuk pemilikan sahamnya. Kekayaan yang dimiliki oleh lelaki ini menjadikan dirinya sebagai orang terkaya di benua biru Eropah.

Kemenangan di Syria, Dajjal dan turunnya Nabi Isa

Kemenangan di Syria, Dajjal dan turunnya Nabi Isa

SYRIA mengalami konflik kepanjangan. Umat ​​Islam ditindas rejim Syiah. Ratusan ribu nyawa umat Islam melayang. Adakah penindasan it uterus berlangsung? Berikut nubuwat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallah berkaitan Syam dan Negeri Akhir Zaman dikutip dari buku Negeri-negeri Akhir Zaman karya Abu Fatiah al Madani

Saksi Pertempuran Besar Malhamah Al-Kubra

Imam Muslim dalam hadis yang panjang menerangkan perang ini dengan terperinci. Lengkapnya sebagai berikut:

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga bangsa Romawi sampai di A’maq atau Dabiq. Kedatangan mereka akan dihadapi oleh sebuah pasukan yang keluar dari kota Madinah yang merupakaan penduduk bumi yang terbaik pada masa itu. Apabila mereka telah berbaris (dan berhadap-hadapan untuk berperang), bangsa Romawi akan menggertak, ‘Biarkan kami membuat perhitungan dengan orang-orang kami yang kalian tawan! (Maksud mereka orang Romawi yang telah masuk Islam). Mendengar gertakan itu, kaum Muslimin menjawab, “Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kalian mengusik saudara-saudara kami!”

Maka terjadilah pertempuran antara dua pasukan. Satu pertiga pasukan Islam akan melarikan diri dari medan pertempuran, maka Allah tidak akan mengampuni mereka (memberi taufiq untuk bertaubat) selama-lamanya. Satu pertiga pasukan Islam yang lain terbunuh dan mereka adalah sebaik-baik mati syahid di sisi Allah. Satu pertiga pasukan Islam lain akan memenangi peperangan, tanpa mendapat fitnah (bencana atau kesesatan) sedikitpun selamanya.

Kemudian mereka menakluk Konstatinopel. Ketika mereka tengah membagi-bagi harta rampasan perang dan telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba terdengar suara teriakan syaitan, “Sesungguhnya Dajjal telah menguasai keluarga kalian!”

Mereka pun segera bergegas pulang, namun ternyata berita itu bohong. Tatkala mereka telah sampai di Syam, barulah Dajjal muncul. Ketika mereka lagi mempersiapkan diri untuk berperang dan merapikan barisan, tiba-tiba datang waktu solat. Pada masa itulah Nabi Isa turun. Ia memimpin mereka (memerangi Dajjal). Begitu melihat Isa, si Dajjal meleleh hancur bagaikan garam yang mencair. Sekiranya ia membiarkannya, sudah tentu musuh Allah itu akan hancur lebur. Namun Allah membunuhnya melalui perantara tangan Isa, sehingga Isa menunjukkan kepada kaum Muslimin darah Dajjal yang masih segar melekat di hujung tombaknya. “

Rasulullah menyebut Romawi dalam Hadis yang menceritakan Malhamah Kubra ini, mengisyaratkan bahawa Amerika bukan unsur utama. Amerika pada masa itu sudah hancur. Sedangkan Rom yang dimaksudkan di sini adalah Eropah. Ini betul-betul mengulang masa lalu ketika Perang Salib. Pada akhirnya pada Perang Salib itu umat Islam keluar sebagai pemenangkan. Kemenangan itu juga bakal di raih umat Islam pada akhir zaman kelak. Itulah janji Allah yang tak pernah ingkar.

Ghautah Menjadi Pusat Pertahanan

Rasulullah bersabda, “Tapak perkhemahan kaum Muslimin pada saat terjadinya malhamah (perang besar) adalah Gauthah, disamping Damsyik. (Riwayat Ibnu Majah, Al Hakim dan Ibnu Asakir).

Realiti sekarang ini menjadi bukti awal kebenaran nubuwat Rasulullah ini. Ghautah dibagi menjadi dua daerah (daerah): daerah Ghautah Timur dan daerah Ghautah Barat. Semasa revolusi rakyat Syria (2011-2013), Ghautah Timur menjadi salah satu kekuatan mujahidin. Rakyat Muslim di daerah ini sangat mendudung mujahidin, walaupun puluhan ribu di antara mereka sudah dibunuh rejim Syria.

Nabi Isa Turun di Damsyik

Salah satu tanda-tanda kiamat, turunnya Nabi Isa menjelang akhir zaman. Berdasarkan Hadits shahih Muslim, Isa turun di menara putih sebelah timur Damsyik. Isa mengenakan dua pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua malaikat. Bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya. Dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Tidak ada orang kafir yang mencium nafasnya kecuali pasti mati. Padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Isa kemudian mencari Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya. Isa lalu datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal. Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu darjat mereka di syurga.

Ibnu Kathir menjelaskan Hadis ini, “Berdasarkan beberapa kitab yang saya baca, beliau turun di menara putih sebelah timur Masjid Jami ‘Damsyik.”

Di Damsyik, lanjut Ibnu Katsir, tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami ‘Damsyik.

Rasulullah bersabda, “Sebelum terjadi kiamat akan keluar api dari Hadhramaut atau dari laut Hadhramaut yang mengumpulkan manusia. Kami bertanya, “Apa yang engkau perintahkan kepada kami, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, hendaklah kamu berada di Syam. “

Share jika anda rasa ianya bermanfaat kepada umat Islam. Semoga kita sentiasa berada di dalam perlindunganNya.