Month: December 2018

Bukannya Wright Bersaudara , Penerbangan Pertama Di Dunia Di Istanbul , Turki Telah Berlaku Pada 390 Tahun Yang Lalu : Men@rik !

Bukannya Wright Bersaudara , Penerbangan Pertama Di Dunia Di Istanbul , Turki Telah Berlaku Pada 390 Tahun Yang Lalu : Men@rik !

Salah satu antara tuduhan-tuduhan yang dibuat mengenai Empayar Uthmaniyyah adalah bahawa tahap intelektualnya sangat statik. Sejarah Orientalis mendakwa bahawa Uthmaniyyah melihat sains dan agama sebagai saling eksklusif dan tidak serasi, tidak seperti dinasti awal Islam. Walaupun dakwaan ini mungkin benar untuk beberapa tempoh masa dalam sejarah Uthmaniyyah, terdapat banyak contoh Uthmaniyyah sangat saintifik dan maju dari segi intelektual. Satu contoh yang ketara adalah cubaan penerbangan pertama didunia yang dibuat oleh sepasang saudara pada 1600-an di Istanbul.

Hezarafen Ahmed Çelebi dan sejarah penerbangan pertama di dunia

Idea manusia mempunyai keupayaan untuk terbang adalah salah satu yang mempesonakan. Beribu-ribu tahun, ramai mjanusia dari seluruh pelusuk dunia telah cuba untuk menentang graviti dan terbang seperti burung. Pada tahun 800 M, Abbas ibn Firnas, pencipta Islam Sepanyol, berjaya merekodkan penerbangan ‘Glider’ yang tidak menggunakan kuasa di Cordoba, dengan membina sepasang sayap yang diliputi bulu burung. Walaupun ‘Glider’ ciptaan beliau berjaya diterbangkan, namun akibat dari ketidakupayaannya memperlahankan ‘Glider’ itu sewaktu pendaratan telah mengakibatkan kemalangan. Disebabkan keadaan ini, cendiakawan-cendiakawan lain tidak lagi berminat untuk cuba memajukan apa yang telah Abbas Ibn Firras cipta.

Pada 1630, iaitu ketika era kegemilangan empayar Uthmaniah, seorang ahli matematik, Hezarafen Ahmed Celebi dari di Istanbul telah berjaya mengatasi kegagalan Abbas ibn Firnas. 

Beliau membina sepasang sayap yang melekat ditubuhnya. Menurut sejarah Uthmaniyyah dan pengembara, Evliya Celebi, Hezarafen melompat dari atas Menara Galata di Istanbul dengan sayap dan berjaya meluncur merentasi selat Bosphorus ke Dataran Doğancılar. Jarak penerbangannya meluncur lebih 2 batu. Kejayaan ini dibantu faktor ketinggian menara dan kedudukan menara itu yang terletak di atas bukit. Ini adalah penerbangan pertama merentasi benua.

Sejak Selat Bosphorus di Istanbul memisahkan benua Eropah dan Asia, penerbangan Hezarafen Ahmed Celebi ini boleh dianggap sebagai penerbangan pertama manusia antara benua dalam sejarah. Hasil dari pencapaian beliau ini, beliau telah dianugerahkan Sultan Murad IV dengan syiling emas, tetapi kemudiannya beliau telah dibuang negeri, selepas beberapa penasihat sultan meyakinkannya bahawa Hezarafen merupakan ancaman kepada Sultan.

Penerbangan Roket Pertama

Mungkin diilhamkan dari pencapaian Hezarafen Ahmed Celebi, saudaranya, Laragi Hassan Celebi cuba juga menentang graviti dan terbang ke langit. Pada 1633 beliau mencipta roket yang boleh memuatkan penumpang. Roket tersebut berkuasa lebih 300 paun serbuk letupan. Menurut Evliya Celebi, untuk meraikan kelahiran anak perempuan Sultan Murad, Laragi Celebi menguji roketnya itu di pantai Bosphorus, berhampiran kediaman sultan, Istana Topkapi.

Selepas pembantunya menyalakan fius roketnya itu, Lagari telah meluncur 300 meter ke udara. Apabila roket kehabisan bahan api, dia membuka sepasang sayap yang diciptanya, dan perlahan-lahan mendarat ke laut Bosporus, dan kemudian berenang ke pantai. 

Seperti juga saudaranya, beliau telah dianugerahkan sultan dengan beberapa kantung emas. Laragi Hassan Celebi meninggal dunia tidak lama selepas itu dalam satu pertempuran di Crimea.

Wallahua’lam

Tahukah Anda Bagaimana Fir@un Membina P1ramid? : Rugi Tak Baca

Tahukah Anda Bagaimana Fir@un Membina P1ramid? : Rugi Tak Baca

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu bangunan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembangunan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahasia di sebalik pembangunan piramid ini?

Harian Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifis yang mengabarkan bahwa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membangun piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibedakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai informasi : 

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah menjelaskan perkara ini 1400 tahun silam sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam memproses tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari spesifikasi  batu yang mereka tinggalkan.Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu asli dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu asli.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan  air garam dan ini akan menghasilkan  terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diaduk mengikut ukuran yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor DavidovitsProfesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membedakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahwa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Piramid Bosnia

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam teknologi yang berbeda baik Roma ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahwa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam teknologi canggih zaman dahulu, juga dibuat dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang menjelaskan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, maupun Perancis.

Kita tahu bahwa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahasia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahwa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

sumber : eramuslim

Isteri Yang S0lehah Tidak Akan Melakukan 7 Perkara Ini : Kaum Hawa Jaga- Jaga

Isteri Yang S0lehah Tidak Akan Melakukan 7 Perkara Ini : Kaum Hawa Jaga- Jaga

Di dalam sesuatu perkahwinan, setiap pasangan seharusnya saling bertolak ansur di dalam memastikan keharmonian keluarga terjaga. Seorang isteri perlulah melayan suaminya sebaik mungkin dan elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang kepada dosa.

Gambar Hiasan

7 Ciri – Ciri Isteri Yang Tidak Patut Dilakukan oleh Seorang Wanita Bergelar Isteri

1. Ketika suamimu pulang dari kerja, kamu masih sibuk di rumah, tidak menyambutnya di pintu malah tidak memberikan senyuman dalam keadaan dia kepenatan.

2. Makanan suami bukan lagi dari air tanganmu sebaliknya air tangan mamak Restoran. Pakaian suami diberikan kepada tukang dobi untuk dicuci dan digosok.

3. Ketika suami marah menegur mu, kamu menjawabnya dengan leteran dan meninggikan suara kepadanya.

4. Ketika suami duduk bersamamu di rumah, baumu tidak menyenangkan, pakaianmu tidak bersih dan tidak menarik.

5. Rahsia rumah tanggamu diceritakan kepada ibumu, kakak dan juga sahabat handaimu.

6. Tidak berlaku baik dengan keluarga suami malah menghasut suami sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap keluarga suamimu.

7. Tiba waktu solat, kamu tidak mengejutnya bangun untuk solat dan tidak menyuruh melakukan ketaatan, tidak meminta suamimu bertaubat dari dosa dan tidak meminta suami meninggalkan maksiat.

Ya Allah, kurniakan kepada pemuda Islam dengan isteri yang solehah dan kurniakanlah kepada perempuan Islam dengan suami yang soleh.

Semoga ianya bermanfaat

Apa Pakaian Ahli Ner@ka ? Jom Baca ! SER4M !

Apa Pakaian Ahli Ner@ka ? Jom Baca ! SER4M !

Tidak terkecuali pakaian, perhiasan dan tempat tinggal mewah yang mereka nikmati pada saat ini. Semua ini akan berganti dengan pakaian yang dibuat daripada api. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Pakaian mereka (ahli neraka) adalah pelangkin (tar) yang sangat panas….” (Surah Ibrahim 14:50)

Sudah tidak ada lagi fesyen yang selama ini dituruti dan dijaga. Sebaliknya, hanya api yang akan menjadi lantai, atap dan kediaman mereka selama-lamanya. Api juga akan menjadi katil dan kerusi tepat mereka cuba melepaskan penat berdiri. Tidak terbayang seksaan yang mereka rasakan pada saat itu. Sebiji bara api yang diletakkan atas tapak kaki, panasnya terasa hingga ke otak.

Berkata Wahb bin Munabbih: “Sesungguhnya ahli neraka yang benar-benar ahlinya, mereka tidak akan merasai rehat, tidur dan maut di dalamnya. Setiap saat, mereka berjalan di atas api dan duduk pun di atas api. Minuman mereka ialah nanah dan darah ahli neraka, makanan mereka buah zaqum yang dibuat daripada api dan tembaga yang sangat panas.” (Riwayat al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya dalam kitab Sifat al-Nar)

Panasnya api neraka tidak tergambar dasyatnya. Kita sebagai umat Islam haruslah meninggalkan perkara mungkar yang di tegah oleh Allah. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Semoga ia bermanfaat

Kisah Nabi Ibrahim Membina Kaabah : Kiblat Umat Islam

Kisah Nabi Ibrahim Membina Kaabah : Kiblat Umat Islam

Telaga Zam Zam semakin dikunjungi manusia, sehingga itu terbangun sebuah masyarakat baru. Perkembangan secara mendadak ini telah sampai pada pengetahuan beberapa suku kaum yang menetap di bahagian pendalaman kota Makkah. Ini menarik perhatian mereka dan dengan itu mereka mengambil kesempatan untuk sama-sama menyertai serta mendapatkan manfaat dari telaga suci Zam-Zam.

Hajar, ibu Nabi Ismail tidak keberatan menerima penghijrahan mereka. Malah Hajar menyambut mereka sebagai tetamu-tetamu terhormat dengan diberi layanan yang sebaik-baiknya. Keadaan ini mereka menghormati dan memuliakan lagi keluarga Nabi Ibrahim. Juga mereka bersedia mematuhi peraturan-peraturan yang telah diatur dan ditetapkan oleh Hajar. Justeru itu keadaan ini membawa mereka hidup dalam suasana berkasih sayang dan saling bertolong bantu.

Nabi Ismail yang kian dewasa, hidup di tengah-tengah kelompok masyarakat itu, turut melaksanakan tugas suci seperti Nabi Ibrahim. Menyebar dan menyampaikan risalah Allah serta membawa masyarakat sekelilingnya kepada jalan yang benar, sehingga akhirnya bangsa Arab yang terkenal dengan sikap kasar dan bengis itu mengubah sikap mereka.

Nabi Ismail seterusnya membina sebuah keluarga dengan menikahi seorang gadis dari bangsa Jurhum. Namun dengan gadis pertama ini, kehidupan mereka tidak kekal lama. Melalui isteri keduanya, kebahagiaan hidup dapat dirasai oleh Nabi Ismail di samping anak-anak yang dikurniakan sebagai keturunannya. Dan dari keturunan itu lahirnya Nabi Muhammad SAW.

Kerinduan Nabi Ibrahim yang sekian lama berpisah dengan puteranya Ismail kian menebal di dadanya. Namun kerana tugasnya sebagai Nabi Allah, menyampaikan dakwah dan risalah Allah, keinginannya untuk bertemu itu ditangguhkan pada suatu masa yang belum pasti.

Nabi Ibrahim terpaksa mengembara ke seluruh pelusuk padang pasir yang amat luas, bagi menemui rombongan-rombongan atau kafilah-kafilah manusia, menyeru dan mengajak mereka pada agama yang benar menyembah dan mengEsakan Allah. Inilah suatu tugas berat yang mesti dilaksanakan oleh baginda sebagai utusan Allah.

Sementara Nabi Ismail pula tetap berada di sekitar telaga Zam Zam, yang terus menerus mengeluarkan airnya dan sentiasa dikunjungi manusia, sehingga pertambahan mereka menyebabkan keadaan di sekitar Zam Zam berubah kepada sebuah kota, iaitu yang selalu disebut-sebut mereka sebagai kota Makkah.

Ketika Nabi Ibrahim sibuk dengan tugasnya mengajak dan menyeru manusia menyembah Allah, maka Allah SWT telah menurunkan wahyu memerintahnya mendirikan Rumah Allah (Baitillahil Haram) iaitu Kaabah berhampiran telaga Zam Zam. Tugas suci ini mesti dilakukan bersama-sama anaknya Nabi Ismail.

Dengan itu Nabi Ibrahim segera menuju ke Makkah, mendapatkan Ismail. Tiba di Mekah mereka bertemu di telaga Zam Zam. Di dalam kemuncak kegembiraan atas pertemuan itu Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail akan wahyu Allah yang diterimanya, “Wahai anakku Allah telah memerintahkan kepadaku untuk mendirikan sebuah rumah di atas dataran yang tinggi itu.” Binaan Rumah Allah akan dibina berhampiran telaga Zam-Zam.

Mendengarkan perintah itu Nabi Ismail yang sangat taat pada Allah dan kedua orang tuanya, hanya menundukkan kepalanya tanpa sebarang kata. Setelah itu kedua Nabi Suci Allah segera menuju pada tempat yang telah ditetapkan oleh Nabi Ibrahim secara tapak pembinaan Baitillahil Haram. Dengan dibantu oleh beberapa alat dan dengan tulang empat kerat yang ada, mereka membuat kerja-kerja mendatarkan tanah, mengangkut, mengumpulkan pasir dan seterusnya sedikit demi sedikit meninggikan beberapa tiang dan benteng Kaabah.

Dalam pada mereka bekerja keras berhempas pulas mengerjakan pembinaan Rumah Allah, kedua Nabi suci itu memanjatkan doa kepada Allah dengan berkata, “Ya Allah. Terimalah persembahan kami, Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Wahai Tuhan Jadikanlah kami muslimin untuk Engkau, begitu pula anak dan keturunan kami semua menjadi umat yang Islam. Tunjukkanlan kepada kami akan cara peribadatan kami, berilah ampun terhadap kami, kerana Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”

Doa Nabi Ibrahim ini Allah SWT rakamkam dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 128.

Nabi Ibrahim ketika berdoa, baginda telah berdiri pada satu tempat yang berhampiran dengan bangunan Kaabah yang sedang dalam pembinaan. Dan tempat berdiri baginda itulah yang dinamakan Maqam Ibrahim yang sekarang ini sesiapa yang mengadakan tawaf di rumah suci Allah itu disunnahkan melakukan sembahyang sunat dua rakaat dan berdoa. Maqam Nabi Ibrahim ini adalah merupakan di antara tempat-tempat berdoa yang dimakbulkan Allah. Sehinggalah di saat ini tempat itu sentiasa menjadi rebutan ribuan manusia setiap tahun yang tidak pernah kosong dari dahulu dan sekarang.

Doa yang telah diucapkan oleh Nabi Ibrahim itu mengandungi dua makna terpenting. Pertamanya, merupakan persembahan kepada Allah terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Bergantung kepada sejauh mana penilaian Allah terhadap usaha-usaha mereka. Sementara yang keduanya, mengandungi permohonan atau pengharapan. Mengharap agar Allah menjadikan Ibrahim dan Ismail serta keturunan mereka menjadi manusia yang beragama Islam dan dipilih menjadi orang-orang yang beriman serta yang menyerah diri semata-mata kepada Allah. Dan juga agar Allah menunjukkan kepada mereka cara-cara beribadah yang sebenarnya.

Nabi Ibrahim dan Ismail kembali meneruskan pekerjaan yang belum selesai. Setelah binaan Kaabah hampir siap, mereka dapati masih ada kekurangan yang perlu ditambah. Waktu itulah Allah SWT dengan kekuasaan-Nya menghantarkan kepada mereka seketul batu hitam dari syurga. Batu yang luar biasa keadaannya, berwarna hitam (asal berwarna putih) serta berkilat.

Oleh kerana gembiranya mereka mendapatkan pemberian besar dari Allah itu, mereka mengucapkan syukur berulang-ulang kali sambil mengucup batu tersebut dan di waktu yang sama mereka membawanya mengelilingi Rumah Allah dan sama-sama meletakkan pada tempatnya, yang sekarang ini dinamakan Hajar Aswad.

Peristiwa ini dijadikan salah satu dari ibadah- ibadah sunat yang digalakkan melakukannya semasa mengerjakan haji. Kerana itu pada setiap kali musim haji, mereka yang tawaf keliling Kaabah berebut-rebut untuk mengucup batu hitam tersebut. Sementara mereka yang tidak berpeluang berbuat demikian memadailah dengan mengangkat tangannya sebagai syarat ke arah batu hitam dan mencium tangannya. Seolah-olah ia juga turut menciumi Hajar Aswad.

Sekalipun ibadah ini bukan ibadah yang wajib, tetapi setiap muslimin yang datang ke situ berhabis tenaga untuk mendapatkannya, kerana ia memberi kesan mendalam bagi seseorang yang dapat berbuat demikian seperti mencium Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail. Merekalah orang yang pertama sekali melakukan begitu pada Hajar Aswad. Begitu juga seakan-akan mencium Nabi Muhammad, para sahabat, orang-orang soleh yang pernah datang ke situ.

Pengaruh ini dibawa oleh seorang yang bernama Amar bin Lahyin. Seorang yang terkenal dengan hartawan dan juga dermawan. Kedermawanan Amar pernah satu ketika menyumbangkan 10,000 ekor unta dan membahagi-bahagikan makanan dan pakaian kepada berpuluh-puluh ribu jemaah haji.

Oleh kerana kebanyakan jemaah haji yang datang itu terdiri dari mereka yang kurang pengetahuan dan kefahaman tentang ajaran Ibrahim, mereka menganggap perbuatan Amar itu sebagai satu perbuatan yang suci. Mereka juga menganggap Amar seorang yang mulia dan suci sehingga menyama tarafkan Amar dengan Tuhan. Segala apa yang dikatakan oleh Amar dianggap wahyu dan syariat. Akhirnya berubah dan terbubar keseluruhan ajaran Nabi Ibrahim. Dan manusia kembali kufur dan derhaka kepada Allah.

Mereka kembali kepada ajaran umat manusia sebelum kedatangan Nabi dan Rasul. Mereka menyembah berhala dan memuliakan binatang (unta). Menyembah Al Manat, Yaghut, Nasr dan lain-lain berhala yang sengaja mereka bawa masuk ke kota suci Makkah dan memenuhi Kaabah dengan patung-patung berhala mereka. Hingga Kota Makkah dan seluruh Tanah Arab dipenuhi berhala dan cara penyembahan yang karut itu. Demikianlah besarnya pengaruh manusia kepada ajaran Amar.

Namun demikian Allah SWT tidak akan membiarkan bumi-Nya dipenuhi oleh kejahilan, kederhakaan dan kekurafatan manusia. Maka Allah mengutuskan Nabi Muhammad dari keturunan Ismail dan Ibrahim, untuk seluruh umat manusia. Kedatangan bagindaadalah membersih dan mengembalikan manusia kepada menyembah dan mengesakan Allah SWT.

Demikianlah Allah telah menerima permohonan dan doa Nabi Ibrahim dan Ismail. Sementara perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah, para sahbat serta orang-orang soleh, juga para ulama menegakkan kembali ajaran Allah, bukan sahaja terpikul di atas bahu mereka, malah inilah juga perjuangan bagi seluruh umat muslimin, dalam mengajak manusia kepada kebenaran.

Firman Allah pada akhir surah Al Haj yang bermaksud: “Berjuanglah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benar kesungguhan (jiwa, raga dan harta). Ia (Allah) sudah memilih kamu dan tidaklah ia menjadikan satu perkara yang amat berat atas kamu dalam agama ini, iaitu agama yang diajarkan oleh bapa kamu Ibrahim, lalah yang menamakan kamu Muslimin sebelum ini dan juga dalam Al Quran, agar Rasul itu menjadi penyampai (berita) kepada kamu. Maka dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat, dan berpeganglah dengan agama Allah. Ia Tuhan kamu, adalah sebaik- baik Tuhan dan sebaik-baik penolong.”

Tindakan ini melambangkan rasa cinta-iaitu cinta seorang hamba terhadap kekasih-kekasih Allah. Ini juga bererti mencintai Allah. Kerana kecintaan inilah yang menarik jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia untuk datang mengerjakan haji dan tawaf di Kaabah atau Baitul Atiq atau Baitul Makmur iaitu rumah yang selalu dikunjungi manusia, sebagaimana Baitul Makmur yang ada di langit tempat tumpuan para Malaikat.

Setelah pembinaan rumah Allah itu selesai, maka Allah mengajarkan kepada Nabi Ibrahim dan Ismail bagaimana untuk mengerjakan ibadah haji iaitu cara penyembahan terhadap Allah SWT. Dengan ibadah ini jugalah Nabi Ibrahim dan Ismail menyampai dan menunjuk ajar kepada semua para nabi dan rasul yang kemudiannya hinggalah ibadah haji ini sampai kepada Nabi terakhir dan penutu segala nabi iaitu Nabi Muhammad SAW. Ibadah-ibadah yang termasuk sembahyang, puasa, zakat dan haji, kerana nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan kemudian hanya tinggal meneruskan saja ajaran Nabi Ibrahim.

Akhirnya Nabi Ibrahim berdoa lagi pada Allah, “Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya aku menempatkan anak turunanku di lembah yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan dan manusia, di sekirat rumah Engkau yang suci (Kaabah). Ya Tuhan! Agar mereka mendirikan sembahyang. Jadikanlah tempat ini sebagai tempat bertawaf, iktikaf, rukuk dan sujud. Jadikanlah hati manusia tertarik dan simpati terhadap mereka. Berikanlah rezeki kepada mereka dari buah-buahan. Mudah-mudahan mereka menjadi orang yang bersyukur.”

“Wahai Tuhan! Bangkitkanlah seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, serta yang akan membersihkan mereka, kerana sesungguhnya Engkau Maha Gagah, lagi Maha Bijaksana.”

Sehingga kini kita sebagai umat Islam sangat mendambakan untuk ke Mekah bagi mengerjakan haji ataupun umrah.

Kisah Nabi Uzair Di’M@ti’kan Selama 100 Tahun dan Dihidupkan Kembali

Kisah Nabi Uzair Di’M@ti’kan Selama 100 Tahun dan Dihidupkan Kembali

Nabi Uzair a.s, adalah seorang Nabi yang pernah Allah matikan selama 100 tahun dan kemudian menghidupkannya kembali. Nabi Uzair a.s telah keluar daripada kampungnya pada umur 40 tahun kemudian dalam perjalanan bersama keldainya dia telah berehat di bawah sepohon pokok berdekatan dengan tanah perkuburan. Dia terlalu asyik berfikir berkenaan dengan bagaimana Allah SWT menghidupkan kembali orang yang telah mati.

Lalu, Allah SWT memerintahkan kepada malaikat maut agar mencabut rohnya sedangkan keldai itu masih terikat di situ sehingga mati kelaparan. Dia dimatikan selama 100 tahun. Ramai kaum kerabat dan orang-orang kampung yang mencarinya namun mereka berputus asa, isterinya menangis dengan sangat lama akan kehilangannya.

Kemudian, pada 100 tahun selepasnya, Nabi Uzair a.s dihidupkan kembali oleh Allah SWT. Apabila dia terjaga daripada tidurnya, dia hanya merasakan bahawa dia tertidur sejak waktu zohor sehingga waktu hendak masuk maghrib. Lalu Allah SWT mengutuskan malaikat. Malaikat yang diutuskan bertanya kepada Nabi Uzair a.s “Berapa lama kamu tidur di sini?
Nabi Uzair menjawab; “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Kemudian malaikat bersuara “Sebenarnya engkau tinggal di sini selama seratus tahun lamanya.” Nabi Uzair a.s merasa sangat hairan dan semakin bertambahlah imannya kepada Allah SWT.

Kemudian malaikat menunjukkannya kepada makanan yang telah dia bawa bersama sebelum ini. Makanan itu juga masih sama berada di keadaannya. Kemudian Nabi Uzair a.s melihat kepada keldainya yang telah mati. Seterusnya, Nabi Uzair a.s memerhatikan kepada keldai itu. Keldai tersebut dihidupkan oleh Allah SWT kembali dengan proses pengembalian otot-otot saraf daging kepada tulang belulangnya kemudian terbentuklah tulang dan rambut.

Setelah itu, roh keldai itu diperintahkan oleh malaikat agar kembali kepada keldai tersebut dan kemudian keldai tersebut bangun berdiri. Nabi Uzair a.s menyaksikan sendiri kejadian itu lalu dia telah mengetahui bagaimana Allah SWT menghidupkan kembali orang-orang yang mati yang telah menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat kejadian tersebut Nabi Uzair berkata “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Nabi Uzair a.s kemudiannya menunggangi keldainya dan kembali semula ke kampungnya. Namun dia melihatkan suasana yang sangat berbeza daripada keadaan kampung yang telah ditinggalkannya sebelumnya. Rumah-rumah banyak telah berubah dan manusia banyak yang tidak dikenali dan tidak pula ada yang mengenalinya. Kemudian, dia mencari seorang lelaki dan perempuan yang telah tua yang berkemungkinan mengenalinya.

Setelah mencari, dia bertemu dengan seorang perempuan tua yang telah uzur, dia bertanya sama ada perempuan itu mengenal Uzair. Kemudian perempuan itu menangis dan mengatakan bahawa Uzair telah pergi hilang selama 100 tahun yang lalu. Kemudian Nabi Uzair a.s mengatakan bahawa dirinya adalah Nabi Uzair. Maka, wanita itu mengatakan kepadanya bahawa jika benarlah dia adalah Nabi Uzair maka berdoalah kepada Tuhan agar memulihkan penglihatan matanya dan sihatkan dia agar dia dapat mengenali Nabi Uzair.

Maka Nabi Uzair a.s memohon kepada Allah SWT. Lalu Allah SWT memperkenankannya dan wanita itu sihat dan mengenali Nabi Uzair a.s sehinggakan dia berlari keluar dengan memberitahu semua orang bahawa Nabi Uzair telah kembali sehingga masyarakat di situ menganggapnya gila.
Setelah itu, diadakan pertemuan di antara para alim ulama. Majlis itu turut dihadiri oleh cucu kepada Nabi Uzair a.s yang telah berumur 70 tahun sedangkan Nabi Uzair a.s tetap berumur 40 tahun sama seperti dia keluar daripada kampungnya dahulu.

Daripada perbincangan yang dijalankan ada seorang yang pandai bertanya bahawa dia mendengar daripada mereka-mereka yang hidup terlebih dahulu bahawa Nabi Uzair a.s adalah seorang Nabi yang menghafal kitab Taurat. Mereka telah kehilangan kitab tersebut sewaktu peperangan Bukhtunnashr.

Dalam peperangan tersebut, pihak musuh telah membakar dan membunuh para ulama yang menghafal kitab suci itu. Kemudian dia berkata, “Seandainya engkau menghafal taurat. Maka kami akan percaya engkau adalah Uzair.”

Semoga ia bermanfaat.

Pep3rangan Di Akhir Zaman : MESTI BACA

Pep3rangan Di Akhir Zaman : MESTI BACA

Albert Einstein: “Saya tidak tahu dengan senjata apa yang akan digunakan pada Perang Dunia ke 3 tetapi saya tahu pada Perang Dunia ke 4, orang akan berperang dengan batu dan batang kayu.”

Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.


Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib.

Dia berkata pada orang-orang di sekelilingnya :

“Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman.” Maka orang-orang berkata : “Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik.” Maka beliau pun berkata :

“Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama ‘hirr’ (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus.”

 “Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, orang-orang Arab menyebutnya sebagai ’syuja’ ul arab’ (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan.

ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu – lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam…dan…Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, ‘kelopak mata yang turun’ sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia ’shaddam liman aradhahu’ (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”

“Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga… akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra’ dan Mi’raj dekat gunung Mageddon.

Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (…) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran.”

Huraiannya adalah seperti berikut :

Perang Dunia Pertama :Disebutkan – Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad… yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :Disebutkan – Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama ‘hirr’ (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri… dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :Disebutkan – Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga… bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.

Wallahua’lam

Pengakhiran Akhir Zam@n : Ramainya Orang – Orang S0leh Telah Di Ambil Oleh-NYA

Pengakhiran Akhir Zam@n : Ramainya Orang – Orang S0leh Telah Di Ambil Oleh-NYA

Keadaan manusia pada zaman sekarang sudah ramai yang rosak, ibarat langit dan bumi jika kita bandingkan dengan keadaan manusia pada zaman sahabat Rasulullah Saw. Contohnya para sahabat adalah manusia yang paling giat beribadah, namun mereka masih takut ibadahnya tidak diterima oleh Allah swt. Sedangkan amalan kita sangat terhad, lebih banyak dosa dan maksiat. Namun ramai orang kita beramal sekadar beramal sahaja (tangkap muat).

Semakin mendekati hari kiamat, maka keadaan manusia semakin buruk, makin rosak dan semakin jauh dari petunjuk. Salah satu penyebabnya adalah kerana Allah swt telah banyak mencabut kehidupan orang-orang soleh di muka bumi ini. Banyak dari mereka sudah wafat kerana terbunuh oleh orang-orang kafir atau sebab lain.

Orang-orang soleh lebih banyak memilih jalan untuk mati syahid. Sebagaimana yang banyak kita saksikan pada kumpulan mujahidin di Iraq, Afghanistan, Palestin, Syria dan negara kaum Muslimin yang lainnya. Mereka sendiri adalah orang-orang yang rindukan untuk bertemu dengan Allah dan Allah pun rindu berjumpa dengan mereka .

Di negara kita sudah banyak para ilmuan soleh satu persatu diambil oleh Rabb mereka. Banyak pengajian di pondok-pondok yang berubah haluan ketika alim ulamak, ustaz mereka sudah meninggal. Banyak organisasi-organisasi masyarakat Islam yang cenderung liberal ketika tokoh dan orang baik dari mereka pergi untuk selamanya. Bahkan, jika dilihat dalam komuniti yang lebih sempit juga ada kita dapat saksikan anak-anak kepada ilmuan menjadi liar , maksiat , bahkan murtad setelah ayahnya meninggal.

Inilah keadaan pada akhir zaman nanti. Pemergian orang-orang soleh semakin bertambah, zaman kian rosak. Kezaliman berlaku dimana-mana sahaja dan kebodohan dengan cepat tersebar . Rasulullah bersabda :
” Tidak akan tiba hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang baik dari penduduk bumi, sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang jelek , mereka tidak mengetahui yang baik dan tidak mengingkari yang mungkar . ” (HR Ahmad)

Allah mencabut nyawa orang-orang soleh terlebih dahulu. Wafatnya mereka adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah untuk mempercepat perjumpaan mereka dengan zat yang paling dicintainya. Mereka sendiri semakin diringankan beban hidupnya kerana tidak lagi perlu menanggung beratnya zaman yang dihadapi. Semoga kita semua di matikan dalam keadaan beriman kepada – Nya. Amin.

Wallahua’alam

Bintang Berek0r Sudah Dijelaskan Di Dalam Al-Quran Sejak 1400 Tahun Yang Lalu

Bintang Berek0r Sudah Dijelaskan Di Dalam Al-Quran Sejak 1400 Tahun Yang Lalu

“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang? Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?” (QS. Al-Mulk: 16-18).

Dalam susunan sistem suria, bumi bukanlah satu – satunya planet yang wujud. Terdapat banyak lagi planet di luar sana yang tersusun dengan elok mengikut laluan yang telah ditetapkan. Ia tidak mungkin melanggar satu sama lain.

Jika berlaku pertembungan sesuatu benda di langit, maka hal itu dapat membuat pecahan dan serpihannya bertebaran seperti serpihan-serpihan, debu yang mana boleh mencapai saiz yang besar dengan berat beribu tan seperti Meteor yang terhempas di Rusia. Namun , pihak Agensi Angkasa Amerika Syarikat menjelaskan meteor itu tidak ada kaitan dengan asteroid 2012 DA14 yang diramalkan akan melintasi Bumi.

Meteor atau tahi bintang yang jatuh ke bumi adalah sesungguhnya fenomena yang telah tersebut lama di dalam Al-Quran, iaitu 1400 tahun lalu!

Rasulullah Saw bersabda, “Pada umat ini akan terjadi (di akhir zaman) penenggelaman bumi, hujan batu dan pengubahan rupa. Ada seorang dari kaum muslimin yang bertanya, bilakah peristiwa itu akan terjadi? Beliau menjawab, ” Apabila muzik dan biduanita telah maharajalela dan khamr (arak) telah dianggap halal. (HR. Tirmidzi (2212) Al – Fitan dari hadits Imran bin Hushain , Ibnu Majah (4060) Al – Fitan dari Sahl bin Sa’ad dan Thabrani dalam Mu’jamu ‘ J- Kabfrdzn Mu’jamul – Ausath . Hadits ini sahih.)

Diriwayatkan pula oleh Ibnu Majah dari Abdullah “Menjelang terjadinya Kiamat akan terjadi pengubahan rupa , penenggelaman bumi , dan hujan batu.” (HR. Ibnu Majah ( 4059 ) dalam Al – Fitan)

Hujan meteor berlaku saban hari di seluruh pelusuk bumi. Ketua Balai Pencerapan Bosscha, Taufik Hidayat berkata, setiap hari beratus – ratus hingga beribu – ribu meteor jatuh ke bumi, namun tidak sampai membahayakan manusia .

Para astronomi melakukan kajian yang sangat aktif terhadap benda langit terutama kepada asteroid kerana ukurannya yang cukup besar. “Jika ukurannya kecil tidak akan menjadi masalah kerana ia akan lenyap ketika melewati atmosfera bumi, namun jika bersaiz besar akan berbeza” katanya.

Namun begitulah Al-Qur’an, kalam Allah yang diturunkan pada zaman kerasulan nabi. Tidak mungkin pada zaman Nabi Muhammad boleh membuat buku tentang roket, orbit, astronomi atau gas nebula seperti di atas.

Apakah ini adalah karya dari seorang yang tidak boleh membaca dan menulis. Sesungguhnya ini adalah firman Allah swt. Firman terakhir bagi kita manusia moden yang mengagungkan sains dan teknologi dan fakta ilmiah. Mukjizat terakhir sebelum kiamat. Apa lagi yang membuat kita ragu kebenaran Islam?

Wallahua’lam.

Kerana Buah Tin dan Zaitun, Saintis Jepun Telah Memeluk Ag4m@ Islam : MasyaAllah

Kerana Buah Tin dan Zaitun, Saintis Jepun Telah Memeluk Ag4m@ Islam : MasyaAllah

Kebenaran A-Quran tidak dapat dibantah lagi, bahkan banyak orang bukan Muslim menjadi Muallaf setelah menelaah ayat-ayat Al-Qur’an. Beberapa ahli biologi asal Jepun yang menyatakan memeluk Islam, selepas Al-Quran menguatkan hasil penyelidikan dan kajian mereka.


Mereka memeluk Islam bermula dengan satu penyelidikan mengenai zat bernama methalonids. Zat protein ini keluar dari otak manusia dan binatang dalam jumlah yang sedikit.

Zat methalonids sangat penting bagi tubuh manusia dan dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, zat ini juga berguna untuk menguatkan jantung dan menguatkan sistem pernafasan.

Zat methalonids akan dihasilkan dalam jumlah yang lebih banyak selepas umur 15 tahun hingga 35 tahun. Selepas usia ini hingga usia 60 tahun, pengeluaran bahan-bahan ini akan berkurang kembali. Dengan demikian, zat methalonids termasuk zat jarang ditemui dalam tubuh manusia. Dalam tubuh haiwan, bahan ini juga didapati sangat sedikit.

Oleh itu, para penyelidik Jepun berusaha mencari bahan methalonids dalam buah-buahan dan mereka hanya mencari dalam dua jenis buah iaitu dari buah tin dan zaitun yang sudah disebutkan dalam Al-Quran sejak berabad-abad lalu.

Dari penyelidikan, jika mengambil salah satu dari dua buah tersebut tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan. Menurut mereka, jika satu biji buah tin dicampur menjadi satu dengan enam biji buah zaitun, maka hasil yang diharapkan dapat tercapai dengan baik .

Pada suatu masa lalu, para penyelidik Jepun ini berhubung dengan seorang doktor berbangsa Arab Saudi. Doktor Saudi ini meneliti penggunaan kata tin dan zaitun dalam Al-Quran. Dia mencari kata ” tin ” disebutkan sebanyak satu kali dan kata ” zaitun ” secara tegas sebanyak enam kali dan satu kali secara tersirat.

Akhirnya, doktor ini menghantar seluruh maklumat dari Al-Quran kepada mereka dan setelah yakin atas ketepatan maklumat, mereka pun menyatakan memeluk Islam.