Month: February 2019

Masjid Di Malaysia Antara Yang Terkenal Di Dunia : 10 Masjid Malaysia Ini Mempunyai Ciri Seni Bina Yang Indah Dan Un1k

Masjid Di Malaysia Antara Yang Terkenal Di Dunia : 10 Masjid Malaysia Ini Mempunyai Ciri Seni Bina Yang Indah Dan Un1k

Di Malaysia sebenarnya terdapat banyak masjid yang dibina indah serta unik. Namun sejauh mana anda tahu mengenai ciri-ciri unik masjid tersebut. Mungkin masjid tersebut berada di luar daripada negeri yang sedang di diami. Ambil peluang ini untuk membaca sedikit tentang keunikan masjid yang ada di Malaysia. Mungkin nanti anda boleh membawa keluarga untuk melawatinya dan mengerjakan solat di situ.

Berikut merupakan 10 Masjid yang boleh dianggap mempunyai ciri seni bina yang unik dan cantik.

MASJID BESI, PUTRAJAYA

Nama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diberi semperna nama Yang Di-Pertuan Agong yang ke-13 iaitu Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. 70% seni bina masjid tersebut dibina dengan besi dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai ‘Masjid Besi’ Seni bina Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah kombinasi seni bina China dan Jerman, dan bukannya seni bina Timur Tengah seperti kebanyakan masjid. Ia juga tidak mempunyai menara seperti masjid-masjid lain.

MASJID BEIJING, KELANTAN

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Masjid ini sangat unik kerana seni binaannya yang menyerupai seni bina dari China. Ia dibina pada tahun 2005 untuk memperingati sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Kelantan yang ke-28 iaitu Sultan Ismail Petra. Bahagian luarnya mempunyai bumbung dan menara pagoda hijau dan panel merah. Bahagian dalamannya pula direka mengikut elemen reka bentuk India dan Uzbekistan. Masjid ini digelar ‘Masjid Beijing’ kerana reka bentuknya seakan-akan Masjid Niujie di negara China.

MASJID TERAPUNG, TERENGGANU

Masjid Tengku Tengah Zaharah ini terletak di Kuala Terengganu merupakan salah satu seni bina moden hasil salah seorang putera Diraja Terengganu. Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam seni bina Islam di negara ini. Pembinaan masjid ini diinspirasi oleh Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.D inamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu. Seni binanya merupakah gabungan pengaruh moden dan seni bina ‘Moor’ dan dibina di atas pelantar terapung, memberikan sudut unik yang membuatnya kelihatan terapung di atas air.

MASJID BANDARAYA, SABAH

Masjid ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah. 70% daripada kawasan masjid ini dikelilingi air menyebabkan ia kelihatan seolah-olah terapung di atas air.

MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG

Masjid ini merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina di atas laut , tidak seperti masjid terapung di tempat lain yang dibina di permukaan tasik. Masjid ini dibina untuk menggantikan Masjid Tanjung Bungah yang lama. Ia mempunyai satu menara masjid dengan ketinggian bersamaan dengan bangunan tujuh tingkat.

MASJID NEGERI SULTAN ABU BAKAR, JOHOR

Masjid ini tidak mengikut reka bentuk masjid konvensional yang terdapat di Malaysia. Ia mengikut ciri-ciri menara jam British dari kurun ke-19. Masjid ini banyak dipengaruhi oleh seni bina kolonial English-Victorian.

MASJID JAMEK AN NUR, LABUAN

Satu-satunya masjid di Malaysia yang mempunyai reka bentuk yang sangat moden dan ‘futuristic’. Seni binanya kelihatan seperti bulu tangkis atau kapal angkasa. Masjid Jamek ini adalah mercu tanda yang terkenal di Labuan. Masjid ini menggunakan seni bina Melayu Brunei dan Turki dengan menggunakan elemen kontemprori seperti gril dan cermin lutsinar untuk pengudaraan dan membenarkan cahaya semulajadi masuk ke bahagian dalamnya.

MASJID DIRAJA UBUDIAH, PERAK

Masjid yang berbentuk oktagon ini mempunyai ciri-ciri menarik seperti kubah emas dan juga pintu gerbang yang menggunakan gaya seni bina ‘Moor’. Seni binanya merupakan Indo-Saracenic. Masjid ini mula dibina setelah Sultan Perak ke-28 iaitu Sultan Idris Murshidul’adzam Shah bertekad untuk membina sebuah masjid jika baginda sembuh dari penyakitnya. Walaubagaimanapun, baginda mangkat setahun sebelum masjid ini siap dibina yang memakan masa empat tahun untuk siap.

MASJID KRISTAL, TERENGGANU

Selain Masjid Terapung, satu lagi masjid yang menjadi tarikan di Kuala Terengganu adalah Masjid Kristal. Ia dikatakan adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia kerana keunikannya dibina daripada kaca dan keluli malah masjid ini lengkap dengan segala kemudahan yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk memudahkan pengunjung untuk mengakses internet. Kebanyakkan pengunjung mengagumi keindahan Masjid Kristal ini. Ia akan berkilau apabila terkena sinaran pancaran matahari.

MASJID ZAHIR, KEDAH

Masjid Zahir adalah salah satu masjid tertua di Malaysia terbina pada tahun 1912. Masjid ini dibina di atas tapak persemadian pahlawan-pahlawan yang gugur pada tahun 1821. Kubah Masjid Zahir kelihatan hitam tetapi bila dilihat lebih dekat kubah masjid sebenarnya berwarna ‘ruby’ merah gelap. Warna hitam muncul dalam cahaya yang terang, memberi Masjid Zahir penampilan yang menarik. Ia sering di senaraikan sebagai antara 10 Masjid tercantik di dunia. Masjid Zahir mempunyai 5 menara yang melambangkan 5 rukun Islam. Inspirasi seni bina dari Masjid Azizi di Langkat, Sumatera Utara, merupakan visi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.

Terdapat pelbagai lagi masjid yang mempunyai keunikannya yang tersendiri di Malaysia ini. Semoga dengan sedikit perkongsian ini , ia akan dapat menambahkan sedikit pengetahuan untuk kita semua.

Tanggungjawab Seorang Ayah Yang Perlu Diketahui Oleh Kaum AD4M : MOHON BAC4

Tanggungjawab Seorang Ayah Yang Perlu Diketahui Oleh Kaum AD4M : MOHON BAC4

Ayah adalah seorang manusia yang mempunyai semangat dan jiwa yang kental dek kerana memerlukan tenaga dan usaha di dalam membimbing dan menyediakan segala keperluan yang diperlukan untuk keluarganya. Mereka yang bergelar ayah sebenarnya mempunyai beberapa fungsi yang amat penting bagi memastikan ikatan dan keutuhan sesebuah institusi kekeluargaan terus kekal hingga ke hujung hayatnya.

Menjadi seorang ayah adalah kebanggaan bagi setiap insan yang bernama LELAKI, bahkan menjadi seorang ayah adalah suatu anugerah yang amat bernilai bagi mereka.

Oleh yang demikian , para bakal ayah ataupun calon untuk menjadi seorang ayah perlu mengetahui perkara yang harus di titik beratkan dan fungsi mereka sebagai seorang ayah.

Berikut adalah merupajan beberapa fungsi ayah di dalam keluarga

1. Pemimpin

Menjadi seorang bapa amatlah sinonim dengan kepimpinan dalam keluarga. Dia seperti pemandu yang memutuskan hala tuju sesebuah keluarga. Seorang ayah akan berusaha memimpin keluarganya kea rah kebaikan dengan sebaiknya. Ayah juga akan cuba menunjukkan contoh yang terbaik kepada keuarganya kerana seorang ayah akan menjadi ‘role model’ bagi anaknya.

Seorang ayah akan sentiasa berada di sana dan menjadi pemimpin, yang mengetuai keluarganya untuk menghadapi cabaran hidup dalam rumah tangga.

2. Pelindung

Selepas menjadi seorang ayah yang hebat dalam memimpin keluarganya , mereka juga mesti mempunyai jiwa seorang pelindung untuk melindungi keluarganya. Kerana sesungguhnya kewajiban seorang ayah adalah untuk menjaga ahli keluarga bagi memastikan keselamatan keluarganya terjamin. Di samping itu, bapa juga mempunyai tanggungjawab dalam menjaga integriti dan keharmonian keluarga.

3. Contoh Teladan

Selain itu , ayah juga adalah merupakan seorang ‘role model’ kepada anaknya. Setiap pertutupan dan perlakuan si ayah akan diperhatikan oleh si anak. Justeru seorang ayah harus menunjukkan sikap yang baik kepada anaknya tidak kira situasi apa yang terjadi. Peringkat perkembangan kanak-kanak di mana fasa contoh pergerakan dan tingkah laku orang-orang di sekelilingnya begitu kuat, maka peranan ayahnya amat penting untuk menjadi role model kepada mereka.

Bapa adalah contoh untuk anak-anaknya. Seorang ayah yang baik pasti akan memberikan contoh yang baik untuk keturunannya dan isterinya.

4. Motivasi / Pemberi Semangat

Dalam keluarga bapa juga boleh bertindak sebagai motivator. Galakkan ahli keluarga untuk terus bersemangat tentang kerja, belajar, dan juga ibadah.

Peranan motivator tidak selalu memberi nasihat yang baik, tetapi dengan tindakan dan tingkah laku yang dapat memberikan motivasi positif kepada anak.

Adalah penting untuk bapa tidak teragak-agak untuk memberikan pujian yang membina kepada anak itu, walaupun anak itu gagal memenuhi harapan yang diberikan kepadanya.

Memberi motivator kanak-kanak untuk mengekalkan semangat, tetapi bapa juga mesti bijak untuk memberi motivasi kepada isteri, supaya hubungan keluarga sentiasa harmoni dan bahagia.

5. Memberi perhatian

Bukan sahaja ibu perlu memberi perhatian kepada semua keperluan anak-anak mereka. Bapa juga mempunyai peranan penting dalam memberikan perhatian. Perhatian baik dari segi perkara, pendidikan, kesihatan, agama, dan emosi.

Seorang bapa juga mesti bijak berkongsi kasih dan perhatian, antara anak-anak dan rakan-rakan mereka.

6. Guru

Mereka yang bergelar seorang ayah juga mesti dapat mengajar seorang anak dan isterinya dengan baik. Mereka perlu mengetahui seterusnya mengajar keturunan mereka dari segi norma sosial, masyarakat, dan norma agama.

Jika ayah gagal menjadi guru, maka bersiap sedialah untuk menempuhi badai di dalam rumah tangga tersebut.

7. Melatih Disiplin

Disiplin mengajar dalam kehidupan bermula di rumah. Pengajaran di rumah adalah utama, pendidik guru adalah ibu bapa mereka. Dan fungsi bapa adalah salah satu daripada guru yang harus memberi pengajaran tentang disiplin apa.

Disiplin mengajar dalam isi rumah adalah sesuatu yang sepatutnya menjadi aktiviti harian di rumah supaya kehidupan sentiasa lancar dan teratur.

Disiplin yang tidak bermula pada permulaan umur hanya membiasakan kanak-kanak itu untuk tidak menghormati masa. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya pada masa ini ramai di antara kita, terutamanya pegawai yang sering melepaskan masa pelantikan. Ini mungkin kerana disiplin tidak diajar sejak zaman kanak-kanak.

8. Pembimbing / Beri teguran dan nasihat

Bapa bertanggungjawab untuk membimbing keluarganya untuk sentiasa berada di jalan yang betul. Terutama adalah untuk menjadi panduan dan memberikan nasihat kepada anaknya supaya mereka tidak salah dalam memilih jalan hidup.

Bapa terbaik adalah mereka yang mampu menjadi pendengar dan penasihat untuk anak-anak mereka dikala mereka di dalam sesuatu dil3ma.

Semoga ianya bermanfaat.

Amalan Solat Dhuha , 2 Rakaat : Fadilat dan Kelebihan Bagi Orang Yang Menvnaikannya – Mesti Baca

Amalan Solat Dhuha , 2 Rakaat : Fadilat dan Kelebihan Bagi Orang Yang Menvnaikannya – Mesti Baca

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasulullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha

Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap thalil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagi ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha”

(Hadis Riwayat Al-Bukhri dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kita “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enama rakaat dan lapan rakaat. Menurun sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu sebagaimana sebuah hadi yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

“Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya”

(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Untuk mengamalkan solat sunat Dhuha, bagi mereka yang bekerja, adalah dicadangkan mengambil wuduk di rumah terlebih dahulu. Selepas itu, kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja. In Shaa Allah, akan mendapat perlindungan Allah SWT semasa dalam perjalanan. Apabila sampai ke tempat kerja, boleh terus mengerjakan sembahyang sunat Dhuha.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini , ianya akan dapat membantu memberikan lebih motivasi untuk kita  menunaikan solat dhuha.

Bertaubatlah Sebelum Terlambat , M@ti Tidak Mengenal Usia : LUASNYA AP1 NER4KA , Semoga Kita Dijauhkan Dari Az@b S€ks@nya

Bertaubatlah Sebelum Terlambat , M@ti Tidak Mengenal Usia : LUASNYA AP1 NER4KA , Semoga Kita Dijauhkan Dari Az@b S€ks@nya

Ya Allah Ya Tuhanku , lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

Diceritakan Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

“Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail:

“Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Tiba2 tombol pintu bilik aku dah bertukar, aku dan suami xboleh masuk. Rupanya adik ipar aku bawak isteri barunya tidvr disitu..

Tiba2 tombol pintu bilik aku dah bertukar, aku dan suami xboleh masuk. Rupanya adik ipar aku bawak isteri barunya tidvr disitu..

Assalamualaikum semua pembaca. Menumpang di rumah sendiri ni merupakan luahan hati dan perasaan aku yang lama tersimpan.

Aku dah 2 tahun berkahwin dgn lelaki pilihan aku. 6 bulan pertama semuanya seperti biasa. Buat pengetahuan semua, sebelum kahwin lagi suami dah beli rumah dan segala kelengkapan rumah utk aku. Serba lengkap. Masuk goyang kaki je. Itu cerita 6 bulan pertama.

Selepas 6 bulan, ibu mertua aku datang menziarahi kami berdua. Sempatla bermalam di rumah kami. Aku ok je org tua nak dtg melawat dan bermalam. Tapi, lepas kisah bermalam tu, tiba-tiba ibu mertua dtg lagi utk bermalam.

Kali ni siap dgn adik-adik ipar aku yang lain. Aku ingatkan bermalam sehari dua je, tapi makin lama macam dah tak nak balik je. Memandangkan rumah aku ni besar, banyak bilik. Adik-adik ipar tidur di setiap bilik yang ada. Tinggal satu bilik kosong je.

Mula-mula tu aku tak kisahla nak bermalam sekejap di rumah kami. Tapi bila dah lama sangat, aku naik gelisah. Bukan apa, aku bekerja. Bila balik rumah dan tengok rumah bersepah tunggang-langgang, angin juga satu badan ni.

Pinggan mangkuk, cawan, kuali semua tak berbasuh lepas digunakan. Belum lagi sambal ke lauk bersepah sana sini tak berlap. Masa tu, hanya Allah yg tahu betapa sakitnya mata ni tengok.

Aku ada lah selidik sampai bila ibu mertua dan adik-adik ipar aku nak duduk sini. Rupanya, diorg nak duduk sampai bila-bila. Sebab katanya lagi jimat perbelanjaan duduk satu rumah. Rumah diorang duduk selama ni, diorang dah pun sewakan pada orang lain. Gugur jantung aku masa dapat tahu berita tu.

Aku pula, takkan la nak halau kan dari rumah tu. Aku masih cuba berbaik sangka. Tapi bila tengok keadaan rumah yang semakin teruk, belum lagi segala makan minum kami di tentukan oleh ibu mertua. Walaupun aku yang nak masak, menu ditentukan ibu mertua. Suami pula perlu menanggung lebih perbelanjaan sampaikan tiada wang simpanan.

Tak habis setakat tu, ibu mertua aku ni jenis suka berjalan ke sana sini. Jadi dia suka la guna kereta suami setiap hujung minggu untuk dia berjalan sana sini. Dah kami berdua nak keluar kena guna motor atau Grab je. Duit minyak, suami yg isi. Tapi dia habiskan. Kami langsung tak diberi peluang untuk mengisi masa berdua pada hujung minggu.

Disebabkan tu, kami suami isteri selalu bergaduh. Alhamdulillah suami mengerti dan faham situasi aku. Tapi dia pun tersepit antara isteri dan emak sendiri. Yang aku pelik, ibu mertua aku ni takde pula buat perangai macam ni dekat rumah abang ipar aku.

Abang ipar aku pula, sejak-sejak ibu mertua aku dah duduk rumah kami, rajin juga tidur rumah kami setiap hujung minggu. So semua bilik kat rumah ni, dah penuh la dengan keluarga suami.Bukan itu sahaja, abang ipar rajin ajak kawan-kawannya datang melepak di rumah kami. Atas alasan, kami belum mempunyai anak.

Kami sebenarnya tidak bersedia mempunyai anak kerana keadaan rumah yang menekan kami. Yela, sejak keluarga mertua tinggal di rumah kami, kami umpama menyewa sebuah bilik. Banyak barang di bilik kami. Kalau ada anak nanti, mana pula nak letak barang-barang anak.

Suami perasan perubahan aku yang mula marah-marah, stress dan banyak diamkan diri serta selalu keletihan. Jadi dia ambil inisiatif untuk sewa rumah lain untuk kami berdua. Tapi disebabkan komitmen suami sudah terlalu tinggi, kami terpaksa menyewa flat kecil sahaja.

Alhamdulillah. Walaupun menyewa rumah kecil, kami bahagia. Kadang-kadang hujung minggu, baru kami balik bermalam di rumah sendiri. Yelah, rumah itu masih lagi rumah suamiku. Dan bilik kami masih seperti dulu.

Beberapa bulan berlalu, adik iparku telah pun berkahwin. Aku fikir, lepas berkahwin dia akan keluar mencari rumah sewa untuk keselesaan isterinya. Sangkaan ku meleset sama sekali. Dia bawa isterinya tinggal di rumah itu atas alasan komitmen hidup yang terlalu tinggi.

Entah apa yang tinggi sedangkan dia hanya mempunyai motor sahaja. Satu hari, kami pulang ke rumah suami. Alangkah terkejutnya kami kerana tombol pintu bilik kami telah pun bertukar.

Dan adik ipar serta isteri telah pun berpindah ke bilik kami. Bila kami bertanya, mereka semua kata kami dah tak layak duduk bilik tu lagi kerana kami telah pun menyewa rumah lain.

Sedangkan segala kelengkapan dalam bilik tersebut adalah milik kami yang membeli dengan duit titik peluh kami sendiri. Adik ipar dan isteri senang-senang je halau kami.

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi pulang ke rumah suami. Lebih banyak menghabiskan masa di rumah sewa kami. Ziarah ibu mertua sekali-sekala dan sekejap sahaja tidak sampai 1 jam.

Saya tahu, ada silap juga kami kerana tidak bersuara. Tapi keluarga mertua tidak sepatutnya memperlakukan kami sebegitu memandangkan suami yang membeli rumah dan menanggung perbelanjaan rumah tersebut.

Kini, saya sedang menguruskan pembelian rumah kedua atas nama saya untuk keselesaan keluarga. Saya berharap keluarga mertua sedar akan kesilapan mereka.

”Syukri Tak Puas Berbakti Pada Abah,” Ayah Dato’ Sri Aliff Syukri Men1nggal Dunia

”Syukri Tak Puas Berbakti Pada Abah,” Ayah Dato’ Sri Aliff Syukri Men1nggal Dunia

Bapa kepada usahawan kosmetik terkenal tanah air, Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi setelah dimasukkan ke hospital semalam.

Khabar sedih itu telah disahkan oleh setiausaha peribadi Aliff menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman instagram rasmi beliau.

Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha @muhdiqbalsanikepada Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato Sri telah pun kembali kepada rahmatullah sebentar tadi. Marilah kita mendoakan arwah di tempat kan di kalangan orang orang yg beriman.. segala jadual bisnes atau apa sahaja boleh berurusan dengan saya..

Terdahulu, beberapa jam lepas Aliff sempat memuat naik satu video di instagramnya yang memaparkan bapanya, Kamarzaman, sedang mendapatkan rawatan di hospital. Situasi pilu itu ternyata mengundang rasa sebak ramai.

Rata-rata netizen dilihat sebelum itu membanjiri ruangan komen dengan mendoakan kesejahteraan bapanya. Moga segala urusan Aliff dipermudahkan dan arwah bapanya, Kamarzaman ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Doakan abah saya.. abah kena kuat saya tak puas berbakti pada abah. Syukri banyak dosa dengan abah.. Ya Allah….abah saya datang ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2 minggu di kampung… .. Tak telefon tak apa terus dia datang…..lepas hantar ke hospital Dr cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air….

Doakan segalanya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa2 je…..dia kalau boleh mmg tak nak susahkab anak tapi kadang2 sikap dia tu membahayakan nyawa dia senyap sahaja di kampung dan bila saya tngok pelik saya bawa terus gi cekup di hospital..dan trus masuk icu sy dah cuba buat yg terbaik….. kalau tak cepat mungkin akan jadi sebaliknya….doa yg terbaik…

Semoga arwah di tempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Al – Fatihah.

sumber: aliffsyukriterlajaklaris

“Pelik TAPI Benar” Terlalu Taksub Dengan Permainan Video, Ibu ‘Manjakan” Anak Sampai Makan Di Kafe Siber : Buat Netizen Ger@m !

“Pelik TAPI Benar” Terlalu Taksub Dengan Permainan Video, Ibu ‘Manjakan” Anak Sampai Makan Di Kafe Siber : Buat Netizen Ger@m !

Mungkin dengarnya pelik tetapi sebenarnya ia benar – benar terjadi. Kejadian seorang ibu menyuap anaknya makan di siber kafe telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

Akibat terlalu taksub dengan permainan video, seorang remaja lelaki terpaksa makan disuap ibunya di sebuah kafe siber dekat Manila, Filipina selepas bermain permainan video di situ selama 48 jam tanpa henti.

Lilybeth Marvel, 37, berkata dia menjadi semakin bimbang sejak dua tahun lalu selepas anaknya, Carlito Garcia, 13, mula ketagih dengan dunia permainan video dan sanggup berada di kafe siber hingga lewat malam.

Sebuah rakaman video tular di Filipina dimana memaparkan Carlito yang sedang bermain permainan video disuapkan nasi oleh ibunya yang datang ke kafe siber tempat dia bermain.

Meskipun disuap ibunya, remaja tersebut tetap fokus terhadap permainan video tanpa terganggu sedikit pun.

Video tersebut menerima pelbagai respon dari netizen yang rata-ratanya mengkritik kelakuan Carlito yang dikatakan dimanjakan oleh ibunya.

Menurut Lilybeth lagi, anaknya kini telah diberhentikan sekolah berikutan terlalu kerap tidak hadir ke sekolah kerana taksub bermain permainan komputer.

“Saya dan suami mengambil keputusan untuk tidak mendaftar Carlito ke sekolah baharu kerana ketagihannya yang melampau terhadap permainan video.

“Meskipun telah pelbagai cara kami lakukan, dia tetap berkeras mahu ke kafe siber dan bermain permainan video hingga berhari-hari,” jelasnya.

Ramai netizen yang mempersoalkan mengapa Lilybeth tidak bersikap tegas terhadap anaknya, namun menurutnya, dia hanya ingin menjadi ibu yang memahami dan sentiasa ada di saat anaknya memerlukannya.

“Saya berusaha untuk membuat dia tahu bahawa saya akan sentiasa menjadi ibu yang menjaga dan melindunginya walau apa pun yang terjadi dalam hidupnya,” akhirnya.

”Saya Maafkan, Dia Sudah Saya Anggap Sebagai Anak Sendiri,” Mulia Sungguh Hati Guru, Dic€kik Oleh Muridnya Namun Tetap Sabar dan Maafkannya

”Saya Maafkan, Dia Sudah Saya Anggap Sebagai Anak Sendiri,” Mulia Sungguh Hati Guru, Dic€kik Oleh Muridnya Namun Tetap Sabar dan Maafkannya

Sebuah video telah tular di media sosial menunjukkan seorang pelajar yang tergamak bertindak kurang ajar terhadap gurunya di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Wringinanom Gresik, Jawa Timur, Indonesia.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, pelajar lelaki terbabit dilihat bangun dan memegang kepala gurunya. Kemudian dia menolak guru tersebut dan mencengkam leher bajunya seakan-akan mahu memukul lelaki itu sambil mengeluarkan perkataan kesat.

Guru tersebut bukan sahaja tidak melawan sebaliknya hanya diam dan tenang melihat tingkah laku anak didiknya itu dengan sabar. Sedangkan si pelajar pula terus menunjukkan lagak samseng dengan merokok di dalam kelas tanpa memperdulikan guru berkenaan.

Setelah video berkenaan menjadi tular, pihak polis menyiasat kes tersebut dan memangil semua pihak yang terlibat dalam insiden itu dan satu perbincangan diadakan di Balai Polis Wringinanom.

Guru berkenaan, Nur Kalim, 30, dan pelajar tersebut hadir bersama ibu bapanya, pihak dari Perlindungan Perempuan Anak Jatim serta pegawai dari Kementerian Sosial.

Difahamkan , pelajar berkenaan yang mengasari gurunya itu telah menyesali perbuatannya itu dan memohon maaf kepada guru berkenaan.

Namun, sebelum perjumpaan damai itu dilakukan, Nur Kalim mengakui sudah ikhlas memaafkan sikap pelajarnya itu sejak dari awal lagi. Beliau menganggap pelajarnya itu sebagai anaknya sendiri. Tiada rasa dendam yang disimpan oleh dirinya terhadap muridnya itu. Begitulah tegas beliau.

“Saya sudah memaafkan sikap siswa saya. Meski begitu siswa saya adalah anak didik saya sendiri. Ia juga saya anggap anak saya sendiri,” kata Nur Kalim.

Dengan penuh penyesalan, si siswa tetap meminta maaf dan memeluk sang guru. Malah, dia terus melutut sujud dengan penuh tangisan.

”Saya meminta maaf dan bersedia merubah sikap, baik di kelas dan dengan guru saat di kelas waktu pelajaran nanti,” kata si siswa.

Pelajar tersebut lantas mencium kaki Nur Kalim. Guru berkenaan yang terkejut lantas mengangkat tubuh pelajar tersebut. “Sudah-sudah jangan bersujud. Saya maafkan,” kata Nur Kalim.

sumber : DetikNews

Panduan Mengerjakan S0lat Hajat Beserta Doanya

Panduan Mengerjakan S0lat Hajat Beserta Doanya

Solat sunat dikerjakan apabila mempunyai hajat tertentu dengan berharap agar diperkenankan oleh Allah S.W.T.Bilangan rakaat adalah dua (2) dan sebanyak-banyaknya dua belas (12) rakaat

1. Lafaz niatnya ialah :

“Aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Setelah selesai solat sunat  hajat, duduklah dengan khusyuk sambil membaca istighfar sebanyak 100 kali

 “Aku mohon keampunan kepada Allah Tuhanku daripada segala dosa dan aku bertaubat kepadaNya”

3. Diikuti dengan membaca selawat ke atas  Nabi S.A.W sebanyak 100 kali

“Ya Allah, berilah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi S.A.W, kesejahteraan yang diredhai dan redhailah sahabat-sahabat sekalian”

4. Doa Solat Hajat

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pemurah. Maha suci Allah, Tuhan yang memelihara ‘arasy yang mulia. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Wahai Tuhanku,aku bermohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu dan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu dan mendapat keuntungan daripada segala kebajikan dan selamat dari segala dosa.Janganlah Engkau biarkan dosa pada diriku melainkan Engkau ampuni, dan jangan Engkau biarkan kesusahan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tiada sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu melainkan Engkau makbulkannya. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih”

5. Seterusnya melakukan sujud  dan membanyakkan bacaan ayat di bawah.

 “Tidak ada Tuhan melainkan Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini daripada golongan orang yang zalim”

Semoga ia bermanfaat. Share kepada rakan – rakan kita.

Kerana Termakan Sebiji Kurma Hak Orang Lain , Ibadatnya Tidak Diterima Allah Selama Beberapa Bulan : Apa Yang Dilakukan Oleh Ahli Ibadat Ini Wajib Kita Cont0hi

Kerana Termakan Sebiji Kurma Hak Orang Lain , Ibadatnya Tidak Diterima Allah Selama Beberapa Bulan : Apa Yang Dilakukan Oleh Ahli Ibadat Ini Wajib Kita Cont0hi

Mengambil hak orang lain merupakan kesalahan. Ini kerana setiap manusia mempunyai hak keatas diri masing-masing.Kisah benar-benar memberi kesan dan pengajaran untuk kita contohi.

Seorang sufi yang terkenal dengan kezuhudannya pernah mengalami suatu peristiwa yang mengandungi hikmah untuk diambil manfaatnya

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke masjidil Aqsa. Untuk bekal diperjalanan, dia membeli sedikit kurma dari pedagang tua di dekat Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terjatuh dekat timbangan. Menyangka kurma itu sebahagian dari yang dibelinya, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu dia terus berangkat menuju Al Aqsa.

Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra. Dia solat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba dia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

‘Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara’ yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,’ kata malaikat yang satu.

‘Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana 4 bulan yang lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat Masjidil Haram,’ jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, dia tersentap, jadi selama empat bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

‘Astaghfirullahal adzhim’ ibrahim beristighfar.

Dia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Sesampai di Mekkah dia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemui pedagang tua itu melainkan seorang anak muda.

“Empat bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Ke mana ia sekarang ?” tanya Ibrahim.

“Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma” jawab anak muda itu.

“Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?”.

Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

‘Nah, begitulah’ kata Ibrahim setelah bercerita, ‘Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?”.

“Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas namakan mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.” jawab pemuda itu.

“Di mana tempat tinggal saudara-saudaramu ? Biar saya temui mereka satu persatu.’ pinta Ibrahim.

Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.

Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham kembali sudah berada di bawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

“Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain.”

“O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, dia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.”